TQ Sudi Follow :)

Thursday, 27 October 2011

Diusik jelmaan penunggu rumah


Along, Nora dan Ayu adalah sahabat karib. Mereka berkawan sejak di tahun pertama di salah sebuah institusi pengajian tinggi di ibu kota lagi. Kebetulan ketika mereka berada di tahun ke 3, mereka tidak dibenarkan tinggal di kampus lagi. Mahu tidak mahu mereka terpaksa menyewa di luar. Setelah puas mencari rumah, akhirnya mereka bersepakat untuk menyewa sebuah rumah teres yang sudah lama tidak berpenghuni. Memandangkan sewa yang ditawarkan agak murah, tanpa berfikir panjang mereka terus bersetuju. Rumah teres itu dimiliki oleh seorang lelaki tua yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai Atok Mok.

Kali pertama berjumpa dengan Atok Mok ketika menyerahkan wang deposit, mereka sangat terkejut. Wajah orang tua itu amat menakutkan mereka . Keningnya hitam lebat, air mukanya sangat garang dan matanya sentiasa meliar ke sana ke sini serta berwarna merah. Mujur juga orang tua itu cepat mengundur diri. Namun matanya tidak berkedip memandang Ayu!

Setelah sebulan menyewa di rumah itu, mereka dapat merasakan sesuatu yang tidak kena dengan rumah itu. Setiap kali malam jumaat mereka dapat menghidu bau wangi Ada ketikanya mereka ternampak seperti kelibat Atok Mok di dalam rumah itu. Lebih meyakinkan lagi, Along dan Nora melihat sendiri Atok Mok sedang tidur bersama Ayu di bilik tidurnya. Keesokan pagi, Along dan Nora terus menceritakan segala yang dilihat malam tadi kepada Ayu dan dia kelihatan sungguh terperanjat, sedangkan pada hari tersebut dia tidak pulang ke rumah. Lagipun jika difikirkan secara logik, buat apa dia benarkan Atok Mok tidur bersamanya ? Keadaan menjadi bertambah rumit apabila Ayu mendapati ada kesan lebam dan calar-calar di badannya.

Sementara berusaha mencari rumah sewa yang lain, baik Along, Nora dan Ayu, masing-masing tidak berani lagi duduk sendirian di rumah, jika Along atau Nora pulang lewat, Ayu sanggup menunggu mereka di depan pagar rumah. Untuk masuk bersendirian ke dalam rumah, tidak sama sekali. Di saat itu tiba-tiba sahaja bulu roma Ayu meremang. Kemudian pantas sahaja kakinya melangkah ke dalam rumah.

Malam itu sedang mereka tidur nyenyak tiba-tiba sahaja Ayu menjerit dan mengilai. Seluruh tubuhnya menjadi kejang dan matanya merenung tajam ke arah Along dan Nora. Rambut Ayu yang panjang mengerbang. Kedua sahabat itu tidak berani memandang muka dan mata Ayu yang sudah mula merah. Selepas di bacakan ayat-ayat suci Al-Quran keadaan Ayu agak kurang sedikit. Tetapi selepas beberapa minit kemudian keadaan Ayu kembali teruk. Apabila melihat Ayu cuba melarikan diri keluar rumah, Along dan Nora terus memegang kedua belah tangan dan kakinya. Namun, kekuatan yang dimiliki oleh Ayu amat luar biasa. Along dan Nora terpelanting di terajang oleh Ayu. Setahu mereka Ayu tidak pernah berkelakuan ganjil, cuma sejak berpindah ke situ dia lebih suka mengasingkan dirinya.

Biarpun kedudukan rumah mereka agak jauh namun jeritan kuat Along dan Nora telah didengari oleh penghuni yang tinggal tidak jauh dari situ. Masing-masing bergegas keluar memberikan pertolongan. Kebetulan pula salah seorang dari mereka iaitu Pak Wahab, mengetahui misteri di sebalik rumah teres yang sudah lama tidak berpenghuni itu. Namun dia enggan bercerita dengan lebih panjang. Seolah-olah dia tidak mahu merungkaikan rahsia rumah besar itu. Walaubagaimanapun dia banyak membantu memulihkan Ayu. "kalau macam ni caranya, lebih baik kau orang berpindah saja dari sini. Nanti pakcik tolong carikan rumah. Nampaknya "dia" masih taknak lepaskan rumah ini". Kata-kata Pak Hussin mengandungi seribu persoalan.

Sehingga jam 4 pagi, barulah jeritan Ayu reda sepenuhnya, itupun setelah di jampi serapah dengan ayat suci Al-Quran oleh Pak Wahab. Tidak lama selepas itu barulah Ayu sedar dan mula mengucap. Apabila Ayu sedar, dia segera memeluk Along dan Nora. Rupa-rupanya dia terasa dirinya cuba dipeluk oleh satu lembaga yang menyerupai Atok Mok.

Selepas peristiwa ngeri malam itu, tanpa berlengah lagi mereka terus mengambil keputusan untuk berpindah rumah. Peristiwa ini mengajar mereka untuk lebih berhati-hati apabila memilih rumah sewa. Sejarah atau latarbelakang pemilik rumah perlu kita selidik terlebih dahulu sebelum mengambil kepututsan untuk menetap. Dari siasatan mereka, rupa-rupanya Atok Mok sudah lama meninggal dunia dengan membunuh diri bila isteri mudanya melarikan diri bersama lelaki lain. Namun rohnya tetap mendiami rumah itu dan kebetulan Ayu mirip isterinya dahulu.

Diganggu roh tentera jepun


Ketika ditawarkan memasuki sekolah berasrama penuh, hati Zaliah sudah berbunga bunga. Seronoknya tidak dapat diluahkan dengan kata kata. Sudah lama dia menyimpan hasrat untuk memasuki asrama dan belajar berdikari si rantau orang.

Hari pertama masuk ke sekolah tersebut, Zaliah berasa tidak sedap hati. Pertama kali dalam hidupnya terasa demikian, namun dia tidak mengendahkannya. Mungkin kerana terlalu seronok, ujar Zaliah didalam hati. Matanya meligas memandang bangunan asrama yang kelihatan agak usang. Menurut teman temannya, sekolah itu dibina dikawasan bekas markas tentera jepun. Pelbagai kisah misteri pernah dikaitkan dengan sekolah tersebut membuatkan Zaliah seram sejuk.

Suatu malam ketika semua penghuni asrama telah lama diulit mimpi, secara tiba tiba Zaliah dikejutkan dengan suara orang berkawat dipadang sekolah. Dia cuba untuk melelapkan mata, namun suara itu terlalu kuat hingga menggangu tidurnya. Sambil memejamkan mata, Zaliah membebel bebel tidak puas hati, mengharapkan suara itu senyap. Tapi suara itu tidak juga berhenti.

Sambil mengosok gosok mata, Zaliah lantas bangun menuju tingkap yang menghala ke padang sekolah. "Siapalah yang pagi pagi buta dah berkawad ni?" getusnya geram. Dengan perlahan dia membuka cermin tingkap. Matanya yang layu terkebil kebil memerhatikan suasana padang yang lengang. Eh, suara bukan main kuat. Tapi mana orangnya? Desis Zaliah didalam hati. Puas dia mencari, namun hampa belaka.

Suasana dingin tiba tiba mencengkam malam. Zaliah mula merasa seram. Fikirannya mencari cari alasan logik dari mana datangnya suara itu, namun dia buntu. Angin malam yang tiba tiba menderu ke arahnya membuatkan Zaliah kalut. Dengan pantas jemarinya segera menutup tingkap dihadapannya.

Bila diamati suara itu, Zaliah dapat mendengar bait bait ayat yang dituturkan. Namun dia gagal memahaminya kerana ia tidak dlam bahasa melayu mehupun inggeris, sebalinya bahasa jepun! Tidak menunggu lama, Zaliah bergegas ke katilnya. Sambil berselebung, dia cuba untuk melelapkan mata.

Apa yang menghairankannya, tidak ada seorang pun diantara rakan rakannya yang terjaga. Walhal suara itu begitu kuat. Malisa, Wati, Amnah, semuanya seolah olah telah dipukau. Belum sempat tidur lena, tiba tiba tidurnya diganggu sekali lagi. Kedengaran jelas dicuping telinganya bunyi orang berjalan diluar dorm sambil mengheret rantai besi, seolah olah mangsa tahanan yang telah dirantai kaki.

Hati Zaliah mula berdebar debar. Fikirannya mula menerawang teringatkan kata kata orang tentang sekolah itu. Sekolah yang bertapak di kawasan bekas markas jepun itu dikatakan telah banyak kali 'memakan' mangsa, namun Zaliah tidak mengendahkan kata kata mereka kerana terlalu ingin memasuki sekolah berasrama penuh.

BElum hilang debaran yang mencengkam dadanya, tiba tiba Zaliah merasakan bunyi tapak kaki itu berhenti dihadapan pintu dormnya. Serentak itu kedengaran pintu dorm dibuka orang. Jelas diruang mata Zailah sesusuk tubuh besar setinggi pintu dorm berdiri dihadapan pintu. Tubuh Zaliah menggigil menahan rasa takut. Hampir hampir dia terjerit tatkala sesusuk tubuh itu malengkah masuk ke dorm sambil megheret rantai besi dikakinya.

Sambil berselubung, Zaliah dapat melihat rupa lembaga itu yang sungguh mengerikan. Matanya terjojol keluar, kulit tubuhnya yang terkoyak disana sini dan baunya yang cukup hanyir membuatkan Zaliah hampir termuntah. Namun dia cuba bertahan. Mulutnya terkumat kamit membaca ayat ayat suci al Quran dengan harapan lembaga itu tidak akan mengapa apa kannya.

Semakin lama sesusuk tubuh yang berpakaian tentera inggeris lama itu semakin hampir dengan katilnya. Serta merta bau busuk mula menyusuk hidung. Hatinya tambah berdebar apabila melihat lembaga itu cuba menyentuh Malisa yang tidur disebelahnya. Dia cuba untuk bersuara untuk megejutkan temannya itu, namun suaranya seolah olah tersekat dikerongkong.

Zaliah menjadi benar benar tidak berdaya. Badannya terasa lemah longlai.. Syurlah ketika itu hatinya masih dapat membaca ayat ayat al-Quran. Berkali kali lembaga itu cuba menyentuh Malisa, namun tidak berjaya hinggahlah akhirnya ia hilang begitu saja. Manakala Zaliah pula tiba tiba pengsan tidak sedarkan diri.

Keesokan paginya, kecoh satu sekolah apabila Zaliah tidak sedar dari tidur. Dia terus dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Zaliah bagaimanapun telah sedarkan diri lewat petang itu dan dibawa pulang ke kampung untuk berubat secara tradisional.

Wednesday, 26 October 2011

Real Ghost - Teresa Fidalgo

Tiago dan tania telah mati dalam accident tersebut..david terselamat tetapi dia tidak dapat menerangkan apa sebenarnya yang berlaku pada malam tersebut...
pihak berkuasa masih tertanya2 dgn maklumat yang ada semasa dlm penyiasatan kes tersebut..
pada 1983 seorang gadis muda telah mati dalam kemalangan  di tempat yang sama... bernama teresa fidalgo

Monday, 24 October 2011

MANGSA TITANIC MUNCUL KEMBALI?


Mangsa kapal karam yang paling popular iaitu Kapal Titanic, dijumpai masih hidup. Diantara mangsa yang beruntung dianggap bertuah ini ialah seorang penumpang wanita yang ditemui pada tahun 1990, dan seorang lagi ialah kapten kapal Titanic itu sendiri yang ditemui pada tahun 1991.
Kapten kapal Smith ditemui pada 9 Ogos 1991, setahun setelah mangsa pertama ditemui iaitu Wenny Kathe, dia diselamatkan dari atas gunung ais atau iceberg. Selama berpuluh-puluh tahun hanyut terapung-apung diatas lautan, namun tidak membuatnya kelihatan tua dan lemah, Kapten Smith yang meskipun telah berusia 139 tahun, namun masih kelihatan seperti orang yang berusia 60 tahun lebih, dan bahkan dia masih menganggap bahawa saat itu ialah detik-detik cemas tenggelamnya kapal Titanic pada 15 April 1912. Melalui identifikasi cap jari yang masih tersimpan dalam catatan pelayaran laut, telah dipastikan identiti Kapten Smith.

Seorang lagi korban kapal Titanic, Wenny Kathe yang berusia 29 tahun diselamatkan di atas gumpalan ais Samudera Atlantik Utara pada 24 September 1990. Namun yang membuat orang terkejut adalah sejak dia hilang pada tahun 1912 hingga sekarang, tidak terlihat tanda-tanda tua sedikit pun jua. Dia ditemui dan diselamatkan di atas gumpalan ais 363 km barat daya Islandia. Pejabat pelayaran telah menemui daftar nama penumpang kapal Titanic dan menegaskan keaslian identitas dirinya.
Smith, kapten kapal Titanic dan penumpangnya Wenny Kathe adalah saksi hidup orang hilang yang muncul kembali melalui lintasan lorong waktu. Oleh karena mereka menghilang dan muncul kembali secara misteri, maka ianya telah menarik perhatian orang banyak. Ilmuwan Amerika Ado Snandick berpendapat, mata manusia tidak bisa melihat peredaran suatu benda dalam ruang lain, itulah objektif peredaran lorong waktu. Dalam sejarah, orang, kapal-kapal, pesawat terbang dan lain-lain sebagainya yang hilang secara misteri seperti yang sering kita dengar di perairan Segitiga Bermuda, sebenarnya adalah masuk ke dalam lorong waktu yang misteri ini.
Dalam penyelidikannya terhadap lorong waktu, John Buckally mengemukakan teori hipotesanya sebagai berikut. Pertama, objektif peredaran lorong waktu adalah bersifat kematerialan, tidak terlihat, tidak dapat disentuh, tertutup untuk dunia fana kehidupan umat manusia, namun tidak mutlak, karena terkadang ia akan membukanya. Kedua, lorong waktu dengan dunia manusia bukanlah suatu sistem waktu, setelah memasuki seperangkat sistem waktu, ada kemungkinan kembali ke masa lalu yang sangat jauh, atau memasuki masa depan, karena di dalam lorong waktu tersebut, waktu dapat bersifat searah mahupun berlawanan arah, bisa bergerak lurus juga bisa berbalik, dan bahkan ianya boleh diam membeku.
Ketiga, terhadap dunia fana (ruang fizik kita) di bumi, jika memasuki lorong waktu, bererti hilang secara misteri, dan jika keluar dari lorong waktu itu, maka ertinya adalah muncul lagi secara misteri. Disebabkan lorong waktu dan bumi bukan merupakan sebuah sistem waktu, dan kerana waktu boleh diam membeku, maka meskipun telah hilang selama 3 tahun, 5 tahun, bahkan 30 atau 50 tahun, waktunya sama seperti dengan satu atau setengah hari. Dalam ajaran Buddha terdapat satu bait penuturan: "Bagaikan sehari di kahyangan, tapi rasanya sudah ribuan tahun lamanya di bumi", nampaknya memiliki makna kebenaran yang sangat dalam.



Tepuk dada tanya selera. Sejauh mana anda mempercayai cerita ini adalah terletak pada diri anda sendiri. Lintasan waktu adalah salah satu keajaiban yang belum terhurai. Apa yang pasti, kita harus mempercayai ajaran bagi mengelakkan fahaman dan pengertian yang salah. Percaya atau tidak, terletak ditangan anda

Sunday, 23 October 2011

Artikel ~ Misteri Hantu Kelabu RMS Queen Mary




KELIBAT misteri sering dilihat di ruang jalan antara bilik.

Kisah paranormal kapal seberat 60,000 tan lebih menggerunkan dikaitkan dengan kematian seorang anggota bomba pada 1966. KAPAL perang RMS Queen Mary pernah digelar Hantu Kelabu atau "The Grey Ghost" kerana ketika Perang Dunia Kedua, penyamaran dan risikan kerap kali dikaitkan dengan warna kelabu. RMS Queen Mary disifatkan antara kapal perang yang besar dan laju. Untuk sekali pelayaran, kapal itu boleh memuatkan 15,000 penumpang, Bagaimanapun, selepas perang tamat dan hampir 60 tahun berkhidmat, RMS Queen Mary masih dikenali sebagai Hantu Kelabu. Malah, ia bukan sekadar nama, sebaliknya terlalu banyak kisah paranormal dilaporkan berlaku dalam kapal itu. Antaranya, suara kanak-kanak menangis di bilik asuhan yang dulunya digunakan sebagai bilik santai kelas tiga. Selain itu, bunyi kocakan air di kolam renang kelas pertama yang tidak dikunjungi sesiapa. Juga kisah lelaki tinggi berpakaian serba hitam dan bayangan seorang wanita cantik yang mengganggu anak kapal pada lewat malam.




BILIK komunikasi RMS Queen Mary.

Kisah hantu di kapal RMS Queen Mary lebih menggerunkan apabila dikaitkan dengan kematian seorang anggota bomba muda, John Pedder, 18, pada 1966. Pedder dikatakan terbunuh ketika pintu di bilik enjin tiba-tiba terbuka dan menghentamnya. Dia mati di tempat kejadian dan hantunya yang dikatakan tidak tenteram sering berkeliaran dalam kapal itu.

RMS Queen Mary sebenarnya dibina ketika kehangatan Jerman melancarkan dua kapal perangnya, Bremen dan Europa. Britain yang tidak mahu ketinggalan dalam perlumbaan pembinaan kapal perang akhirnya mengarahkan Star Line membina sebuah kapal seberat 60,000 tan manakala sebuah lagi syarikat, Cunard membina satu lagi kapal seberat 75,000 tan. Kedua-duanya ketika itu masih belum diberi nama dan hanya dikenali sebagai No 552 dan No 534.

Akhirnya Raja George V bersetuju kapal itu dinamakan RMS Queen Mary, sempena nama isterinya, Mary walaupun pada awalnya Cunard ingin menamakannya Victoria. RMS Queen Mary dibina oleh dua syarikat, John Brown & Company Shipbuilding dan Engineering Shipyard yang berpangkalan di Clydebank, Scotland pada Disember 1930. Bagaimanapun, pembinaan itu terhenti pada Disember 1931 disebabkan kemelesetan ekonomi. Cunard kemudian memohon pinjaman Kerajaan British untuk menyiapkan No 534 dan pinjaman itu diluluskan untuk menyiapkan kapal berkenaan manakala bakinya digunakan menyiapkan kapal yang dikenali sebagai No 552. Kapal itu kemudian dinamakan Queen Elizabeth.

Ketika memberi pinjaman kepada Cunard, satu daripada terma pinjaman Kerajaan British menyebut Cunard mesti bergabung dengan White Star Line. Atas persetujuan, kedua-dua syarikat besar itu bergabung pada April 1934. Kerja menyiapkan RMS Queen Mary disambung semula dan akhirnya dilancarkan secara rasmi pada 26 September 1934. Bagaimanapun, reka bentuk RMS Queen Mary disifatkan sebagai sangat tradisional dan menerima kritikan hebat. Ia dikatakan versi baru yang lebih besar untuk satu lagi kapal perang era Perang Dunia Pertama yang juga dibina oleh Cunard. Malah, reka bentuk dalamannya yang diberi sentuhan “Art Deco” sangat konservatif berbanding kapal perang milik Perancis. 

Bagaimanapun, RMS Queen Mary membuktikan semua kritikan itu salah, apabila ia menjadi kapal perang yang terbesar dan boleh mengangkut lebih banyak tentera berbanding kapal perang negara Eropah lain. Kapal itu juga muncul sebagai kapal perang terpantas. Ini terbukti apabila pada Ogos 1936, kapal itu memenangi anugerah untuk kapal terpantas, Blue Riband. Dalam Perang Dunia Kedua, RMS Queen Mary bukan saja berkhidmat untuk tentera British sebaliknya turut membawa kumpulan tentera Australia dan New Zealand ke United Kingdom. Oleh kerana saiz dan prestijnya, tentera musuh terutama Jerman ingin sekali melihat ia karam. 
 
Malah, Adolf Hitler pernah menawarkan $250,000 kepada tenteranya jika berjaya menenggelamkan RMS Queen Mary. Selepas perang tamat, RMS Queen Mary akhirnya dijual bagi membolehkan Cunard menambah modal membina kapal baru. RMS Queen Mary ‘menamatkan’ perkhidmatannya pada 1967. Bagaimanapun reputasi Hantu Kelabu tidak berakhir begitu saja. Sepanjang 60 tahun berkhidmat, 49 kematian dilaporkan berlaku di situ. Justeru, RMS Queen Mary kerap kali dirujuk sebagai lokasi roh tidak tenteram berkumpul.




Atas tarikan dan reputasinya, pemilik baru menjadikan RMS Queen Mary sebagai tarikan pelancong. Malah, bukan lagi rahsia apabila dalam usaha menjadikan kapal itu lebih berhantu, beberapa kesan khas yang lebih dramatik dipasang di beberapa lokasi strategik antaranya bilik enjin. Menerusi lawatan yang dibuka setiap hari, pelancong boleh melakukan siasatan aktiviti paranormal peribadi. Pelancong juga digalakkan mendokumentasikan pengalaman itu. Ketika sambutan Halloween, RMS Queen Mary adalah lokasi berhantu paling popular menerusi aktiviti yang dinamakan “Queen Mary’s Shipwreck’ yang diadakan setiap tahun.

Disebabkan reputasinya, RMS Queen Mary kerap kali menjadi tarikan kumpulan paranormal untuk membuat penyelidikan. Malah, ia pernah dipaparkan dalam pelbagai rancangan televisyen seperti Ghost Hunters. Sebuah rancangan paranormal terbitan British, Most Haunted turut memaparkan misteri RMS Queen Mary. Tidak ketinggalan, siri paranormal terkenal 1998, X Files turut merakamkan satu episod mengenai kapal berkenaan.



hantu tandas


(Kisah ini dialami oleh rakan karibku... di sebuah sekolah berasrama penuh....)
Tandas asrama blok B memang sudah terkenal dengan keseramannya. Ramai senior menceritakan perihal tandas itu kepada kami (junior). Ada yang nampak kepala oranglah, tangan berbululah, dan bermacam-macam lagi. Tapi aku sama sekali tidak percaya akan cerita-cerita karut itu. Pada fikiranku cerita tersebut
sengaja direka-reka oleh pelajar senior untuk menakut-nakutkan kami. Lagipun aku dibekalkan tangkal oleh nenekku. Menurutnya, kegunaan tangkal ini adalah untuk menghalau syaitan dan iblis. Tetapi, suatu peristiwa telah berlaku yang menyebabkan aku tidak mempercayai nenekku lagi.............

Pada suatu malam, aku belajar seorang diri di bilik study. Kawan-kawanku yang lain semuanya sudah balik ke dorm masing-masing. Oleh kerana aku memikirkan peperiksaan sudah dekat, aku memilih untuk terus tinggal di bilik study. Selepas beberapa jam, aku mula berasa mengantuk. Aku mengemas barang - barang dan naik ke dorm. Sudah menjadi tabiatku, sebelum tidur aku mesti menggosok gigi dan membuang air kecil. Aku berjalan seorang diri masuk ke dalam tandas. Tiba-tiba lampu seluruh blok asrama terpadam.

"Ah, blackout!!,"gerutu hatiku.

Apabila kakiku melangkah ke dalam tandas. Aku dapat melihat kelibat tubuh orang sedang menggosok gigi di hadapan cermin. Aku dengan ramahnya melemparkan senyum pada orang tersebut.
Sedang aku menggosok gigi, aku terdengar bunyi yang ganjil datangnya daripada orang tersebut. Aku mula berasa takut dan memandang orang itu dengan teliti. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat orang itu menggosok giginya dengan pisau dan mulutnya berlumuran darah!

Aku terkejut. Apa lagi, tidak menunggu lama aku terus berlari meninggalkan tandas tersebut sambil menjerit. Seluruh isi asrama terjaga. Oleh kerana terlampau terkejut, aku pengsan. Apabila sedar, didapati aku telah berada di dalam bilik rawatan asrama. Aku menceritakan apa yang berlaku pada malam itu. Semua kawan-kawanku tercengang dan melopong.

Mulai dari malam itu, aku berjanji pada diriku bahawa aku tidak akan belajar sehingga lewat m