TQ Sudi Follow :)

Friday 5 October 2012

Diusik Jelmaan Penunggu Rumah (Seram!)

Penunggu rumah sering terjadi apabila wujudnya situasi seseorang itu berpindah ke rumah baru, atau tinggal di rumah yang sudah lama tidak berpenghuni. Sememangnya rumah yang sudah lama tidak berpenghuni akan menjadi kediaman makhluk-makhluk halus. Oleh kerana itulah, kita perlu sering membacakan ayat-ayat suci al-quran ketika berada di rumah,di samping mengerjakan solat fardhu.
Jom baca kisah seram di bawah ini.
Along, Nora dan Ayu adalah sahabat karib. Mereka berkawan sejak di tahun pertama di salah sebuah institusi pengajian tinggi di ibu kota lagi. Kebetulan ketika mereka berada di tahun ke 3, mereka tidak dibenarkan tinggal di kampus lagi. Mahu tidak mahu mereka terpaksa menyewa di luar. Setelah puas mencari rumah, akhirnya mereka bersepakat untuk menyewa sebuah rumah teres yang sudah lama tidak berpenghuni. Memandangkan sewa yang ditawarkan agak murah, tanpa berfikir panjang mereka terus bersetuju. Rumah teres itu dimiliki oleh seorang lelaki tua yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai Atok Mok.
Kali pertama berjumpa dengan Atok Mok ketika menyerahkan wang deposit, mereka sangat terkejut. Wajah orang tua itu amat menakutkan mereka . Keningnya hitam lebat, air mukanya sangat garang dan matanya sentiasa meliar ke sana ke sini serta berwarna merah. Mujur juga orang tua itu cepat mengundur diri. Namun matanya tidak berkedip memandang Ayu!
Setelah sebulan menyewa di rumah itu, mereka dapat merasakan sesuatu yang tidak kena dengan rumah itu. Setiap kali malam jumaat mereka dapat menghidu bau wangi Ada ketikanya mereka ternampak seperti kelibat Atok Mok di dalam rumah itu. Lebih meyakinkan lagi, Along dan Nora melihat sendiri Atok Mok sedang tidur bersama Ayu di bilik tidurnya. Keesokan pagi, Along dan Nora terus menceritakan segala yang dilihat malam tadi kepada Ayu dan dia kelihatan sungguh terperanjat, sedangkan pada hari tersebut dia tidak pulang ke rumah. Lagipun jika difikirkan secara logik, buat apa dia benarkan Atok Mok tidur bersamanya ? Keadaan menjadi bertambah rumit apabila Ayu mendapati ada kesan lebam dan calar-calar di badannya.
Sementara berusaha mencari rumah sewa yang lain, baik Along, Nora dan Ayu, masing-masing tidak berani lagi duduk sendirian di rumah, jika Along atau Nora pulang lewat, Ayu sanggup menunggu mereka di depan pagar rumah. Untuk masuk bersendirian ke dalam rumah, tidak sama sekali. Di saat itu tiba-tiba sahaja bulu roma Ayu meremang. Kemudian pantas sahaja kakinya melangkah ke dalam rumah.
Malam itu sedang mereka tidur nyenyak tiba-tiba sahaja Ayu menjerit dan mengilai. Seluruh tubuhnya menjadi kejang dan matanya merenung tajam ke arah Along dan Nora. Rambut Ayu yang panjang mengerbang. Kedua sahabat itu tidak berani memandang muka dan mata Ayu yang sudah mula merah. Selepas di bacakan ayat-ayat suci Al-Quran keadaan Ayu agak kurang sedikit. Tetapi selepas beberapa minit kemudian keadaan Ayu kembali teruk. Apabila melihat Ayu cuba melarikan diri keluar rumah, Along dan Nora terus memegang kedua belah tangan dan kakinya. Namun, kekuatan yang dimiliki oleh Ayu amat luar biasa. Along dan Nora terpelanting di terajang oleh Ayu. Setahu mereka Ayu tidak pernah berkelakuan ganjil, cuma sejak berpindah ke situ dia lebih suka mengasingkan dirinya.
Biarpun kedudukan rumah mereka agak jauh namun jeritan kuat Along dan Nora telah didengari oleh penghuni yang tinggal tidak jauh dari situ. Masing-masing bergegas keluar memberikan pertolongan. Kebetulan pula salah seorang dari mereka iaitu Pak Wahab, mengetahui misteri di sebalik rumah teres yang sudah lama tidak berpenghuni itu. Namun dia enggan bercerita dengan lebih panjang. Seolah-olah dia tidak mahu merungkaikan rahsia rumah besar itu. Walaubagaimanapun dia banyak membantu memulihkan Ayu. “kalau macam ni caranya, lebih baik kau orang berpindah saja dari sini. Nanti pakcik tolong carikan rumah. Nampaknya “dia” masih taknak lepaskan rumah ini”. Kata-kata Pak Hussin mengandungi seribu persoalan.
Sehingga jam 4 pagi, barulah jeritan Ayu reda sepenuhnya, itupun setelah di jampi serapah dengan ayat suci Al-Quran oleh Pak Wahab. Tidak lama selepas itu barulah Ayu sedar dan mula mengucap. Apabila Ayu sedar, dia segera memeluk Along dan Nora. Rupa-rupanya dia terasa dirinya cuba dipeluk oleh satu lembaga yang menyerupai Atok Mok.
Selepas peristiwa ngeri malam itu, tanpa berlengah lagi mereka terus mengambil keputusan untuk berpindah rumah. Peristiwa ini mengajar mereka untuk lebih berhati-hati apabila memilih rumah sewa. Sejarah atau latarbelakang pemilik rumah perlu kita selidik terlebih dahulu sebelum mengambil kepututsan untuk menetap. Dari siasatan mereka, rupa-rupanya Atok Mok sudah lama meninggal dunia dengan membunuh diri bila isteri mudanya melarikan diri bersama lelaki lain. Namun rohnya tetap mendiami rumah itu dan kebetulan Ayu mirip isterinya dahulu.

Kisah Seram – Kaki Mencari Jasad

Apabila menyebut tentang manusia, sudah tentu ia berkait rapat di antara hubungan roh dan jasad. Seperti diri kita, badan kita adalah jasad, dan roh merupakan diri kita sendiri. Berbalik kepada kisah ini, ia merupakan sebuah kisah seram yang sebenarnya diambil dari Majalah Seri Dewi & Keluarga Mac keluaran 2000. Untuk mengetahui lebih lanjut, jom kita baca kisah seram ini di bawah.

Sudah 15 hari Hashim dikebumikan selepas maut dalam satu kemalangan di simpang 3. Namun kesedihan Zaoyah masih belum reda. Kematian suami tersayang membuatkan Zaoyah bagaikan helang kepatahan sayap. Tempat bergantung juga sudah tiada, tempat bermanja jauh sekali.
Zaoyah masih ingat ketika pagi kejadian, dia masih di dapur apabila Hashim memberitahu dia terpaksa ke tempat kerja lebih awal pagi ini. Zaoyah hanya sempat membancuh milo, tetapi sarapan masih terjerang di atas dapur.
“Tunggu sambal tumis masak sekejap bang,” ujar Zaoyah sambil menghidangkan nasi lemak yang masih berasap.
“Tak apalah Yah, tengahari nanti abang balik, abang makanlah nasi lemak tu,” ujar Hashim. Dia kelihatan begitu tergesa-gesa. Topi keledar dicapainya dan terus disarung ke kepala. Stokin dan kasut dipakai secepat kilat dan Hashim terus menuju ke tempat letak motorsikalnya.
Sebaik sahaja Hashim pergi, Zaoyah menutup semula makanan di atas meja. Rengekan Azril, anak bongsunya segera menarik perhatiannya. Zaoyah mematikan api dapur dan terus ke bilik. Azril sudahpun bangun tetapi tangisannya sangat luar biasa dari hari-hari sebelumnya.
Zaoyah hairan. Dia merasa seluruh tubuh Azril. Tidak pula panas kalau nak dikatakan demam. Zaoyah memujuk Azril sambil menggantikan lampin. Kemudian mendukung anaknya ke dapur. Zaoyah menyuapkan telur rebus ke mulut Azril tetapi anak kecil itu menolak. Zaoyah hairan. Anaknya tidak pernah begitu sebelum ini. Jam sebelas pagi baharulah Azril berhenti menangis. Selepas menyusu Zaoyah menidurkan Azril di dalam biliknya.
Sedang Zaoyah memanaskan lauk di dapur, tiba-tiba perasaannya menjadi tidak enak. Apabila terpandang nasi lemak Hashim di meja, perasaannya menjadi semakin tidak menentu. Deringan telefon membuatkan Zaoyah tersentak. Dia segera menjawab panggilan di ruang tamu.
“Ya Allah…abang..,” tiba-tiba Zaoyah menjerit sebaik sahaja mendengar berita yang disampaikan. Hashim terbunuh dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja. Pandangan Zaoyah kelam, dia rebah tanpa meletakkan gagang telefon di tempatnya. Mujurlah jeritannya di dengar Pak Busu yang sedang mengayuh basikal melintasi halaman rumah Zaoyah. Pak Busu segera memanggil jiran-jiran wanita untuk membantu Zaoyah. Zaoyah hanya tersedar apabila jenazah Hashim sampai selepas Zuhur di rumahnya.
“Yah, kalau nak tengok muka Hashim buat kali terakhir, tengoklah. Tok dah buka kapan di mukanya,” ujar Tok Imam. Zaoyah merenung mayat Hashim yang sudah dimandi dan dikapankan oleh pihak hospital. Bagai tidak terdaya Zaoyah hendak menatap wajah suami tercinta. Terkilan hatinya kerana Hashim tidak sempat menjamah nasi lemak kegemarannya pagi tadi.
Walaupun sudah 2 minggu berlalu, Zaoyah masih menangisi kematian Hashim. Adik-beradik dan sanak saudara sudah pulang ke rumah masing seorang demi seorang. Seperti malam-malam yang lalu, Zaoyah gagal melelapkan matanya. Kenangan dan ingatannya hanya kepada Hashim. Setiap kali rindunya memuncak dia akan membaca surah al-Fatihah dan al-Ikhlas, lalu dihadiahkan kepada allahyarham. Hanya itulah ubat yang mampu menenangkan jiwanya. Kalau dia tidur pun, hanya tidur-tidur ayam. Sering dia terjaga di tengah malam dan pasti tidak mampu terlena lagi hingga ke pagi.
Malam itu Zaoyah gagal melelapkan matanya lagi. Walaupun kokok ayam yang pertama sudah kedengaran, matanya tidak mengantuk sedikitpun. Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi tapak kaki menapak di lantai rumahnya. Zaoyah terkejut. Tak mungkin anak sulungnya Shahril bangun tengah-tengah malam. Shahril tak pernah bangun tengah malam sebelum ini. Zaoyah dapat mendengar bunyi tapak kaki yang mundar mandir ke hulu ke hilir. Tetapi kedengarannya seperti bukan berjalan, tetapi melompat setapak-setapak.
“Kucing agaknya,” bisik hati Zaoyah. Dia membiarkan bunyi tapak kaki itu menghilang. Ketika azan Subuh berkumandang. Zaoyah segera bangun dan menunaikan solat Subuh. Ketika remang Subuh mendatang, Zaoyah segera menjerang air dan mengejutkan Shahril untuk ke sekolah. Zaoyah segera mengenepikan perasaan sedihnya jauh-jauh apabila berdepan dengan anak-anak.
“Sekolah pandai-pandai Ril, abah kau dah tak ada. Kaulah ganti abah nak jaga mak bila tua nanti, nak tolong mak besarkan adik,” pesan Zaoyah kepada Shahril yang sedang menikmati minum paginya. Shahril segera mengambil beg sekolahnya dan keluar memakai kasut. Belumpun Shahril duduk, dia terpandang bekas tapak kaki di atas papan tangga menuju ke rumah. Kemudian di atas lantai menghala ke dapur dan ke bilik Zaoyah.
“Mak! tapak kaki siapa ni mak?” jerit Shahril. Zaoyah bergegas mendapatkan anaknya. Dia juga hairan melihat bekas tapak kaki berlumpur di atas lantai. Zaoyah segera teringat apa yang didengarnya malam tadi. Mungkinkah ada orang naik ke rumahnya malam tadi. Tapi siapa?
Perasaan Zaoyah jadi tidak menentu. Ini mesti ada orang yang berniat tidak baik terhadapnya. Baru tiga minggu dia menjanda,sudah adakah lelaki yang menaruh hati kepadanya?
Zaoyah segera membersihkan kesan tapak kaki di atas lantai tersebut. Sambil hatinya berdoa, janganlah ada apa-apa musibah yang menimpa dia dengan anak-anak. Malam itu Zaoyah memastikan semua pintu dan tingkap rumahnya berkunci dan bermangga. Kalau ada orang yang nak buat jahat pun, mereka tentu akan mengambil masa untuk membuka pintu dan tingkap rumahnya.
Tetapi malam itu sekali lagi Zaoyah dikejutkan oleh bunyi yang sama. Zaoyah sengaja mengajak Shahril tidur bersama di biliknya. Shahril dan Azril tidur di atas katil sedang Zaoyah tidur di atas tilam yang terhampar di atas lantai. Zaoyah bingkas bangun sebaik sahaja mendengar bunyi tapak kaki tersebut. Dia mengintai dari pintu biliknya, siapa agaknya yang berani naik ke rumahnya. Tetapi alangkah terkejutnya Zaoyah apabila melihat sekerat kaki dari betis ke bawah sedang menapak di atas lantai rumahnya. Zaoyah mengamati kaki tersebut. Dia terkaku melihat kaki tersebut terlompat-lompat mundar mandir di ruang tamu rumah. Tiba-tiba Zaoyah teringat sesuatu.
“Ya Allah, abang Hashim…” bisik Zaoyah apabila mengenali kaki itu adalah milik suaminya. Serentak dengan itu kaki tersebut hilang dari pandangan. Zaoyah bagai bari tersedar dari mimpi. Serentak itu juga tubuh Zaoyah disimbahi peluh dingin dan sejuk. Zaoyah tidak berani hendak keluar dari biliknya. Malah keesokan paginya, dia menunggu sekeliling cerah lebih dahulu baharu dia mengejutkan Shahril. Shahril tidak diberitahu apa yang berlaku. Malah ketika Shahril mengadu tentang tapak kaki tersebut, Zaoyah cuma meminta Shahril supaya tidak mempedulikannya.
Petang itu Tok Imam datang ke rumah Zaoyah. Dia hendak melihat sendiri bekas tapak kaki yang dikatakan oleh Zaoyah. Zaoyah ke rumah Pak Imam untuk meminta pandangan mengenai tapak kaki dan kaki Hashim yang dilihatnya.
“Memang saya nampak kaki dia Tok,” ujar Zaoyah sedih. “Apa alamatnya tu Tok?” soalnya lagi. Tok Imam memikir-mikir sebentar.
“Ada yang tak kena ni Yah”, ujar Tok Imam. Zaoyah tidak faham apa yang dikatakan oleh Tok Imam. Keesokan harinya, Tok Imam mengajak beberapa orang kampung ke tempat Hashim di tempat kemalangan. Tok Imam sendiri mencari di kawasan kemalangan sambil diperhatikan oleh orang-orang kampung yang lain.
“Subhanallah,” tiba-tiba Tok Imam bersuara lantang. Orang-orang kampung segera menghampiri Tok Imam. Mereka terkejut apabila melihat sebelah kaki Hashim terlindung di sebalik daun-daun keladi di dalam selut.
“Kau ambik benda ni, bawa ke masjid. Kaki ni kita kena mandikan dan kapankan. Lepas tu kita kena kebumikan,” ujar Tok Imam. Zaoyah terkejut apabila diberitahu penemuan kaki Hashim di dalam semak di tempat kemalangan.
“Mungkin yang datang tu roh dia, minta disempurnakan. Itu sahaja yang Tok boleh katakan. Wallahualam,” ujar Tok Imam ketika Zaoyah bertanya mengapa dia melihat kaki Hashim berjalan di dalam rumah.
Selepas kaki Hashim dikebumikan, Zaoyah tidak mendengar lagi bunyi orang berjalan di dalam rumahnya.

Misteri Bunyi Cakaran Di Dinding Rumah

Bunyian misteri atau gangguan sering menjadi satu igauan kepada kita semua. Bagi yang kuat semangat ia tiada masalah untuk menghadapinya. Namun bagi yang lemah sangat, ia sebagai satu cabaran untuk menanganinya. Terdapat sebuah kisah yang berlaku pada tahun 2006 dan ia tentang misteri bunyi cakaran di dinding rumah. Ikuti kisah seram di bawah ini.

Saya berasal dari Johor Bahru dan menetap di kampung Dato Sulaiman Menteri. Nama timangan saya Batman, kerana panggilan ini muncul dari rakan-rakan saya. Di sini saya hendak menceritakan pengalaman yang benar-benar terjadi kepada diri saya dan kisah ini bukanlah rekaan semata-mata. Hanya Allah saja yang tahu bertapa kecutnya hati saya pada ketika itu.
Kisah ini terjadi pada tahun 2006 yang lalu, waktu itu saya masih bersekolah di tingkatan 4. Pada petang itu kalau tak silap saya pada pukul 5 lebih, saya menemani adik saya yang berumur 5 tahun berbasikal dikeliling rumah, yang mana adik saya ini sudah pandai mengayuh basikalnya. Saya duduk di rumah kampung, rumah ini memang besar dan halamannya juga luas. Keluarga saya hanya duduk sebahagian atau separuh saja dari rumah ini iaitu hanya bahagian hadapan. Sedangkan belakang tiada sesiapa yang duduk.
Semasa saya menemani adik saya berbasikal, saya memang ada membawa kunci rumah belakang kerana ibu saya suruh bersihkan di dalamnya pada ketika itu. Bila saya lihat adik saya berbasikal, saya rasa sungguh gembira kerana adik saya semakin membesar. Setelah itu saya berkata pada adik saya, yang saya hendak masuk dahulu dan bersihkan rumah, “Aziz jangan bawa laju-laju, nanti jatuh.”
Adik saya hanya mengangguk. Semasa saya masuk ke dalam rumah tersebut, memang kotor dan berhabuk. Tetapi saya tidak membersihkan kerana saya penat setelah lebih kurang seharian berada di sekolah. Saya terus merebahkan badan saya di atas katil di sebuah bilik yang paling belakang di rumah itu.
Entah macam mana, saya tertidur di situ dan bila saya tersedar, hari sudah gelap, sudah malam. Saya sedar kerana ayah saya membuka pintu biliknya, kerana pintu biliknya boleh menembusi ke bahagian rumah belakang. Kalau anda hendak tahu, lorong tengah yang menghubungkan laluan rumah depan dan belakang telah ditutup. Jadi hanya boleh lalu melalui bilik ayah saya. Setelah itu saya terus bangkit dari situ dan bergegas menuju ke rumah depan kerana saya takut duduk seorang diri di situ.
Sampai di rumah depan, saya pandang jam di dinding rumah. Jam menunjukkan pukul 11 tepat. Sudah lama saya tidur, niat di hati sebenarnya hendak merehatkan diri sebentar di rumah belakang, tetapi saya terlelap. Semasa saya berada di rumah depan, saya lihat adik-adik saya sudah tidur di ruang tamu, dan abang saya tidur di biliknya. Saya yang baru terjaga dari tidur tidak dapat melelapkan mata walaupun pada hari esok saya akan bersekolah. Daripada membuang masa, saya terus mengambil barang-barang lukisan saya dan duduk di salah sebuah sofa yang berada di ruang tamu.
Sedang saya sibuk melukis kartun kegemaran saya (Batman), saya terdengar bunyi-bunyian di bawah kolong rumah. Rumah yang saya tinggal ini adalah rumah Johor lama mempunyai tingkap-tingkap yang besar, yang mana besarnya sama seperti pintu. Rumah ini telah diubahsuai menjadi semakin besar. Bunyi itu kedengaran di seperti di bawah kolong yang menyekat laluan rumah depan dan belakang. Saya tidak mengendahkan bunyi itu. Lama-kelamaan bunyi itu semakin hampir dan kuat. “Krek krek krek…!! Krek krek krek…!!” Saya teringat ibu saya pernah mengatakan kepada saya, itu adalah cicak yang besar yang suka duduk di celah-celah papan rumah, jadi saya tidak merasakan apa-apa.
Bunyi itu terus-menerus kedengaran, dan yang paling membuatkan saya terperanjat, bunyi itu seolah-olah melompat dari bawah kolong terus mencakar ke tingkap rumah. Bulu roma saya terus berdiri, menggigil saya dibuatnya. Saya berasa hairan, kalau kucing yang mencakar, mana mungkin boleh sampai kerana rumah depan saya mempunyai kolong yang tinggi. Saya fikir takkan burung ada kuku begini tajam sampaikan begitu kuat kedengaran. Saya terus membaca Ayat Kursi, “Allah hula ila ha illaaaa huwal……” saya terhenti, saya terlupa akan bacaannya. Saya cuba ingat kembali, , “Allah hula ila ha illaaaa huwal……” memang tak boleh baca, lidah saya menjadi kaku, saya menggigil ketakutan. Langsung tak boleh baca apa-apa ayat suci Al-Quran.
Bunyi itu terus berlagu, hilang saja di tingkap yang berada di belakang saya, terus dengar di tingkap yang seterusnya yang berada lebih kurang 2 meter jaraknya. Hilang saja bunyi di tingkap itu, terus saja berada di pintu rumah, pergerakannya atau bunyi itu sungguh pantas. Saya berasa sungguh pelik, sedangkan dari tingkap seterusnya hendak menuju ke pintu rumah adalah berbentuk L dan mempunyai beranda dan tembok yang menghalang. “Astaghfirullah hal azim” “Ya Allah”. Bunyi itu terus berlalu dan mencakar-cakar sehingga ke tingkap bilik abang saya dengan pergerakkannya yang pantas. Sehinggakan bunyi itu kedengaran seperti mencakar cermin tingkap rumah belakang “Ziinngg.. zziinngg.. zziinngg…!!!” dan terus menghilang. Bunyinya ngilu. Saya langsung terfikir, adakah bunyi itu akan membuat pusingan keliling rumah kerana saya sudah terlalu takut dan menggigil, namun itu tidak berlaku.
Pada keesokan harinya, semasa saya bersarapan, saya menceritakan kepada ibu saya. Ibu saya memarahi saya kerana petang-petang hari tidur, “Rumah belakang tu dahlah kosong, sebab tu dia ikut kau, kau tahu, padan muka kau…! Senja-senja tidur lagi…” Beliau memberitahu saya, 7 tahun yang lalu semasa kami baru-baru menetap di sini, ibu saya juga pernah mengalami peristiwa yang menyeramkan ini. Ketika itu beliau sedang menjahit baju, tetapi bunyi itu berpatah balik dan terus menghilang.
Selesai bersarapan, saya terus menuju ke pintu untuk memakai kasut yang berada di atas tembok beranda rumah. Saya terpandang pintu rumah, kelihatan seolah-olah pintu rumah bertanah dengan bekas cakaran yang jelas kelihatan. Saya terus memakai kasut dan saya melangkah menuju ke tingkap-tingkap. Semuanya bertanah dengan bekas cakaran tersebut. Saya menjerit memanggil ibu yang berada di dalam untuk melihat.
Setelah kejadian itu berlaku, kami sekeluarga menziarahi ke rumah makcik saya iaitu kakak kepada ibu saya yang berada di Kluang, Johor. Ayah saya menceritakan tentang pengalaman yang terjadi kepada diri saya seminggu yang lepas. Rupa-rupanya, sepupu saya, juga mengalami perkara yang sama seperti saya, pada waktu yang sama. Pada hari Jumaat yang sama, jam masih belum menunjukkan pukul 12 malam, semuanya sama. Makcik saya siap menunjukkan lagi kawasan cakaran yang masih terdapat di dinding rumahnya mempunyai tanah yang melekat. Sama seperti di rumah saya.
Makcik saya mengatakan, itu mungkin adalah saka peninggalan atuk saya yang sudah meninggal dunia, iaitu bapanya dan bapa kepada ibu saya. Mungkin ianya mencari tuan baru, dan tanah itu juga mungkin berasal dari tanah kubur.

Rumah Sewa Berhantu di Kuala Kedah (Seram)

Sudah menjadi lumrah, jika seseorang itu berpindah ke rumah baru sudah pasti ia akan diganggu. Antara cerita hantu mengenai rumah sewa yang paling popular di Malaysia ini adalah rumah di Shah Alam. Kejadian itu telah menyebabkan beberapa orang meninggal dunia akibat ditimpa penyakit misteri. Tak mengapa itu cerita lain, jom kita baca kisah sebuah rumah sewa yang dikatakan berhantu di Kuala Kedah.

Kes ini terpaksa saya terima kerana telah melibatkan seorang pengawal keselamatan yang bertugas di pejabat saya ketika itu dan juga merupakan seorang kawan. Itupun setelah beberapa kali perkara ini diadukan olehnya dan telah mencapai tahap kritikal kerana semakin mengancam keselamatan ahli keluarganya.
Kira-kira sebulan sebelumnya, dia pernah mengadu kepada saya bahawa rumah yang disewanya menimbulkan pelbagai masalah pelik terutamanya di bilik tidur utamanya.
Apabila tiba waktu tengah malam, pelbagai bunyi yang didengari dengan jelas seperti pintu bilik dicakar dengan kuat, bunyi orang berjalan di dalam rumah dan lain-lain. Peralatan dalam rumah juga sering beralih tempat tanpa diusik oleh sesiapa.
Dia tinggal bertiga di rumah itu iaitu bersama isteri dan seorang anak perempuannya (berumur 4-5 tahun rasanya kot. Dah lupa sbb hanya berjumpa mereka sekali sahaja) Mereka juga menjadi mangsa gangguan misteri di rumah tersebut.
Seringkali dia terpaksa meninggalkan isteri dan anaknya di rumah mertua yang tinggal di kawasan berhampiran apabila giliran bertugas syif malam kerana bimbangkan keselamatan anak isterinya
Saya meminta dia bertanya kepada jiran-jiran di taman itu tentang rumah yang baru disewanya samada mereka tahu sesuatu. Setelah ditanya kepada beberapa penghuni taman perumahan tersebut yang lebih lama menetap disitu, terbongkar cerita bahawa rumah tersebut lama ‘berpenghuni’ dan memang telah jadi kebiasaan bahawa mereka yang menyewanya tidak akan tinggal lama di situ.
Para penyewa sebelum ini juga menghadapi masalah yang hampir sama dan ada yang hanya bertahan selama satu malam sahaja. Pelbagai kejadian aneh yang juga dialami oleh keluarga penyewa-penyewa sebelum ini dan pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengatasinya, namun sia-sia sahaja.
Penduduk setempat juga menceritakan yang sepohon pokok di sebelah rumah itu, sering dijadikan tempat pemujaan ‘sesuatu’ sebelum taman itu dibina. Tidak pasti apa yang dipuja oleh pengamal-pengamal khurafat itu, kerana senario tersebut telah lama berlaku dan penduduk-penduduk ada zaman itu telah ramai yang tiada. Lagipun, belukar itu jauh pada penempatan manusia sebelum taman itu
Telah ramai pengamal perubatan dan bomoh yang dipanggil untuk menyelesaikan masalah itu, namun masih belum berjaya. Mereka juga sering terlihat seakan satu lembaga sering bertenggek pada dahan pokok itu (rumah yang disewa itu adalah lot tepi ‘corner lot’ dan jaraknya hanya beberapa meter sahaja dari pokok tersebut)
Saya bertanya, adakah pemilik rumah yang menyewakan rumah tersebut menyatakan apa-apa sebelum menerima wang pendahuluan dan membenarkan mereka memasukinya. Dia menyatakan yang tiada apa yang dimaklumkan malah pemilik rumah itu bersikap ‘lepas tangan’ dan hanya menyuruhnya mencari bomoh sahaja.
Saya juga menyarankan agar dia dengan mana-mana bomoh atau pengamal perubatan yang handal dan terkenal selain mengadakan majlis tahlil serta bacaan Yasin beberapa kali walaupun telah dilakukannya sebelum memasuki rumah tersebut.
Setelah hampir sebulan berikhtiar, masih belum berhasil. Malah gangguan yang dihadapi semakin ‘keras’. ‘Penghuni’ rumah itu seolah-olah ingin menghalau mereka keluar dengan segera daripada rumah itu. Kali ini, bukan setakat isteri dan anaknya sahaja yang diganggu, Ibu Mertuanya yang menemankan keluarganya juga turut diganggu.
Malah Ibu Mertuanya mengalami gangguan yang paling dahsyat berbanding dia, isteri dan anaknya. Selain daripada gangguan-gangguan yang pernah mereka alamai, leher Ibu Mertuanya dicekik oleh ‘penghuni’ itu sehingga sesak nafasnya dan setelah Ibu Mertuanya membaca Ayat Qursi (dalam hatinya kerana mulutnya tidak dapat bersuara), barulah ‘penghuni’ itu melepaskannya.
Pada satu pagi, dia sengaja meninggalkan Pondok Pengawal lebih lewat kerana ingin menunggu saya. Dia mengadu masalahnya semula kepada saya dan meminta kalau-kalau saya dapat membantu. Dia juga menceritakan kejadian terbaru yang menimpa Ibu Mertuanya semalam.
Setelah memintanya menunggu sebentar, saya bergegas ke pejabat dan mendapatkan sekeping kertas dan pen. Kebetulan, saya masih ada wuduk ketika itu dan terus menulis ‘BismillahirRahmanirRahim’ (dalam tulisan jawi) pada tiga keping kertas kecil dan berikan padanya.
Dua daripada kertas itu saya minta dia lekatkan di atas pintu hadapan dan pintu belakang rumahnya. Manakala kertas yang terakhir saya minta dia letakkan di atas pintu bilik tidur utamanya kerana menurut ceritanya, kebanyakan gangguan berlaku di bilik itu.
Saya menegaskan kepadanya beberapa kali supaya dia sentiasa beringat bahawa kertas dan tulisan itu tidak mempunyai apa-apa ‘kuasa’, tetapi ianya hanya sebagai ‘syarat’ untuk memohon pertolongan daripada Allah. Hanya Allah sahaja yang Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu.
Keesokkan paginya, dia menunggu saya lagi. Tapi kali ini wajahnya kelihatan berseri-seri, tidak mencuka seperti kelmarin. Pagi ini dia membawa berita gembira, yang ‘penghuni’ di rumah sewanya tidak mengganggu pada malam semalam.
Saya mengucapkan Alhamdulillah dan mengingatkannya supaya banyak bersyukur kepada Allah kerana segala kebaikan adalah di atas kehendak Allah semata-mata. Dia bertanya berapakah bayaran yang perlu diberikan kepada saya di atas pertolongan saya itu. Saya tertawa dan bertanya kembali, adakah saya pernah menyebut tentang bayaran sebelum ini ?
Namun, dia tetap berkeras untuk memberi bayaran sebagai tanda terima kasihnya kepada saya. Saya memberi kata putus, jika hendak membayar juga, sedekahkanlah kepada mana-mana masjid. InsyaAllah, semoga dia dan saya akan mendapat kebaikan bersama-sama.
Dan saya juga menyatakan supaya dia tidak terlalu gembira dan perlu berhati-hati kerana dikhuatiri perkara ini belum tentu sudah selesai sepenuhnya.
Berdasarkan pengalaman saya, Jin dan Syaitan memang licik, apabila mereka rasa terancam, mereka mungkin akan berpura-pura telah beredar atau berhenti daripada mengancam mangsa untuk mengelak daripada terpaksa ‘berhadapan’ dengan orang yang tertentu. Bukanlah kerana orang itu hebat, tetapi mungkin kerana orang-orang yang mereka takuti itu lebih dekat dengan Allah. Oleh itu doa mereka akan mudah dikabulkan oleh Allah dan ini menjadi ancaman besar kepada mereka.
Tapi itu orang lain, macam saya ini, tidaklah sebaik manapun. Kebetulan saja Allah memang hendakkan perkara itu berlaku, mungkin bukan disebabkan doa saya. Dan saya memang tidak layak untuk digelarkan orang yang mustajab doa, jauh sekali sebagai seorang yang warak.
Setelah hampir sebulan ‘penghuni’ itu tidak mengganggu, dia berjumpa saya lagi untuk mendapatkan kepastian, adakah ‘penghuni’ itu benar-benar telah beredar daripada rumah itu ? Saya pun tidak dapat memberikan jawapannya, cuma saya sekadar boleh mencuba. Saya memintanya menunggu dan kemudian mengambil wuduk. Sesudah itu, saya menulis Ayat Qursi pada sekeping kertas dan meminta dia melekatkannya dimana-mana dinding dalam rumahnya.
Keesokan adalah hari cuti (Jumaat), oleh itu saya tidak tahu perkembangan yang berlaku. Tetapi pada pagi Sabtu (cuti Sabtu pertama dalam sebulan pada waktu itu), saya singgah di pejabat untuk mengambil barang, saya kehairanan kerana melihat anak dan isterinya turut berada di Pondok Pengawal juga. Saya fikir, mungkin mereka ingin balik kampung atau ke mana-mana agaknya.
Setelah dia menceritakan keadaan yang sebenar, barulah saya tahu yang anak dan isterinya juga turut bermalam di Pondok Pengawal bersamanya kerana takut untuk tinggal di rumah. Rupanya, selepas dia melekatkan Ayat Qursi yang saya berikan, ‘penghuni’ itu kembali menggangu dengan lebih ‘keras’ lagi. Ini memaksa dia membawa keluarganya bermalam bersamanya dan telah dua malam anak isterinya tidur di Pondok Pengawal itu.
Itulah kali pertama saya melihat anak dan isterinya. Apabila terlihat anak perempuannya yang baru berumur tiga tahun pada waktu itu, hati saya mula tersentuh. Saya mula terfikir bagaimana keadannya jika ‘penghuni’ itu sering manggangu budak kecil ini atau selalu menampakkan rupa yang menakutkan pada budak itu ?
Kebetulan saya ada kelapangan pada waktu itu dan tanpa melengahkan masa, saya mengajak mereka menunjukkan rumah yang mereka sewa itu kepada saya. Mereka bertiga pulang dengan motosikal Honda EX5 dan saya mengikuti mereka dengan motosikal saya. Rakan saya itu mungkin belum mampu untuk memiliki sebuah kereta kerana pendapatannya yang tidak seberapa.
Timbul lagi rasa kasihan terhadap mereka, sudahlah susah, dianiayai oleh tuan rumah itu pula. Hendak mencari rumah baru dan berpindah pun bukannya mudah. Deposit sewa, deposit bekalan letrik dan air juga perlu diambil kira.
Setibanya saya di rumah itu, saya mulakan dengan bacaan Al Fatihah dan Ayat Qursi sebelum turun daripada motosikal. Kemudian saya melihat-lihat disekeliling rumah tersebut serta bahagian belukar di tepinya. Saya tidak merasakan sebarang perasaan luar biasa seperti seram sejuk atau bulu roma yang meremang. Mungkin ‘penghuni’ itu telah beredar lebih awal apabila ‘mencium’ kehadiran saya.
Saya meminta izin kepada rakan saya untuk mendirikan solat dan meminta satu jag air bersih. Setelah sejadah, tempat solat dan air disediakan, saya mendirikan dua rakaat Solat Sunat Hajat dan membacakan Surah Fatihah dan Ayat Qursi dengan kiraan tertentu pada air tersebut. Setelah itu, saya memohon doa agar Allah kasihankan keluarga ini dan sudi membantu mereka.
Air itu saya berikan kepada mereka untuk minum dan mandi setelah saya ambil segelas daripadanya. Segelas air itu saya renjiskan keliling rumah itu sambil membaca Surah Fatihah dan Ayat Qursi serta berdoa agar Allah memberikan perlindungan kepada mereka.
Alhamdulillah, selepas itu, mereka tidak lagi diganggu oleh ‘penghuni’ rumah itu lagi …. Segala-galanya adalah dengan kehendak Allah, Dia Yang Maha Berkuasa di atas setiap sesuatu.
Tidak sangka makhluk halus yang mengganggu penyewa rumah tersebut bersikap keras dan degil. Alhamdulillah walaubagaimanapun, kes tersebut sudahpun selesai dengan batuan daripada Allah SWT. Cuma sedikit terkilan dengan tuan rumah yang bersikap sambil lewa dalam menangani masalah ini.
Kes ini terpaksa saya terima kerana telah melibatkan seorang pengawal keselamatan yang bertugas di pejabat saya ketika itu dan juga merupakan seorang kawan. Itupun setelah beberapa kali perkara ini diadukan olehnya dan telah mencapai tahap kritikal kerana semakin mengancam keselamatan ahli keluarganya.
Kira-kira sebulan sebelumnya, dia pernah mengadu kepada saya bahawa rumah yang disewanya menimbulkan pelbagai masalah pelik terutamanya di bilik tidur utamanya.
Apabila tiba waktu tengah malam, pelbagai bunyi yang didengari dengan jelas seperti pintu bilik dicakar dengan kuat, bunyi orang berjalan di dalam rumah dan lain-lain. Peralatan dalam rumah juga sering beralih tempat tanpa diusik oleh sesiapa.
Dia tinggal bertiga di rumah itu iaitu bersama isteri dan seorang anak perempuannya (berumur 4-5 tahun rasanya kot. Dah lupa sbb hanya berjumpa mereka sekali sahaja) Mereka juga menjadi mangsa gangguan misteri di rumah tersebut.
Seringkali dia terpaksa meninggalkan isteri dan anaknya di rumah mertua yang tinggal di kawasan berhampiran apabila giliran bertugas syif malam kerana bimbangkan keselamatan anak isterinya
Saya meminta dia bertanya kepada jiran-jiran di taman itu tentang rumah yang baru disewanya samada mereka tahu sesuatu. Setelah ditanya kepada beberapa penghuni taman perumahan tersebut yang lebih lama menetap disitu, terbongkar cerita bahawa rumah tersebut lama ‘berpenghuni’ dan memang telah jadi kebiasaan bahawa mereka yang menyewanya tidak akan tinggal lama di situ.
Para penyewa sebelum ini juga menghadapi masalah yang hampir sama dan ada yang hanya bertahan selama satu malam sahaja. Pelbagai kejadian aneh yang juga dialami oleh keluarga penyewa-penyewa sebelum ini dan pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengatasinya, namun sia-sia sahaja.
Penduduk setempat juga menceritakan yang sepohon pokok di sebelah rumah itu, sering dijadikan tempat pemujaan ‘sesuatu’ sebelum taman itu dibina. Tidak pasti apa yang dipuja oleh pengamal-pengamal khurafat itu, kerana senario tersebut telah lama berlaku dan penduduk-penduduk ada zaman itu telah ramai yang tiada. Lagipun, belukar itu jauh pada penempatan manusia sebelum taman itu dibina.
pokok dijadikan tempat pemujaan hantu sering lepak kat sini
pokok yang dijadikan tempat pemujaan dan sering dilihat sesuatu atas dahannya
Telah ramai pengamal perubatan dan bomoh yang dipanggil untuk menyelesaikan masalah itu, namun masih belum berjaya. Mereka juga sering terlihat seakan satu lembaga sering bertenggek pada dahan pokok itu (rumah yang disewa itu adalah lot tepi ‘corner lot’ dan jaraknya hanya beberapa meter sahaja dari pokok tersebut)
Saya bertanya, adakah pemilik rumah yang menyewakan rumah tersebut menyatakan apa-apa sebelum menerima wang pendahuluan dan membenarkan mereka memasukinya. Dia menyatakan yang tiada apa yang dimaklumkan malah pemilik rumah itu bersikap ‘lepas tangan’ dan hanya menyuruhnya mencari bomoh sahaja.
Saya juga menyarankan agar dia dengan mana-mana bomoh atau pengamal perubatan yang handal dan terkenal selain mengadakan majlis tahlil serta bacaan Yasin beberapa kali walaupun telah dilakukannya sebelum memasuki rumah tersebut.
Setelah hampir sebulan berikhtiar, masih belum berhasil. Malah gangguan yang dihadapi semakin ‘keras’. ‘Penghuni’ rumah itu seolah-olah ingin menghalau mereka keluar dengan segera daripada rumah itu. Kali ini, bukan setakat isteri dan anaknya sahaja yang diganggu, Ibu Mertuanya yang menemankan keluarganya juga turut diganggu.
Malah Ibu Mertuanya mengalami gangguan yang paling dahsyat berbanding dia, isteri dan anaknya. Selain daripada gangguan-gangguan yang pernah mereka alamai, leher Ibu Mertuanya dicekik oleh ‘penghuni’ itu sehingga sesak nafasnya dan setelah Ibu Mertuanya membaca Ayat Qursi (dalam hatinya kerana mulutnya tidak dapat bersuara), barulah ‘penghuni’ itu melepaskannya.
Pada satu pagi, dia sengaja meninggalkan Pondok Pengawal lebih lewat kerana ingin menunggu saya. Dia mengadu masalahnya semula kepada saya dan meminta kalau-kalau saya dapat membantu. Dia juga menceritakan kejadian terbaru yang menimpa Ibu Mertuanya semalam.
Setelah memintanya menunggu sebentar, saya bergegas ke pejabat dan mendapatkan sekeping kertas dan pen. Kebetulan, saya masih ada wuduk ketika itu dan terus menulis ‘BismillahirRahmanirRahim’ (dalam tulisan jawi) pada tiga keping kertas kecil dan berikan padanya.
Dua daripada kertas itu saya minta dia lekatkan di atas pintu hadapan dan pintu belakang rumahnya. Manakala kertas yang terakhir saya minta dia letakkan di atas pintu bilik tidur utamanya kerana menurut ceritanya, kebanyakan gangguan berlaku di bilik itu.
Saya menegaskan kepadanya beberapa kali supaya dia sentiasa beringat bahawa kertas dan tulisan itu tidak mempunyai apa-apa ‘kuasa’, tetapi ianya hanya sebagai ‘syarat’ untuk memohon pertolongan daripada Allah. Hanya Allah sahaja yang Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu.
Keesokkan paginya, dia menunggu saya lagi. Tapi kali ini wajahnya kelihatan berseri-seri, tidak mencuka seperti kelmarin. Pagi ini dia membawa berita gembira, yang ‘penghuni’ di rumah sewanya tidak mengganggu pada malam semalam.
Saya mengucapkan Alhamdulillah dan mengingatkannya supaya banyak bersyukur kepada Allah kerana segala kebaikan adalah di atas kehendak Allah semata-mata. Dia bertanya berapakah bayaran yang perlu diberikan kepada saya di atas pertolongan saya itu. Saya tertawa dan bertanya kembali, adakah saya pernah menyebut tentang bayaran sebelum ini ?
Namun, dia tetap berkeras untuk memberi bayaran sebagai tanda terima kasihnya kepada saya. Saya memberi kata putus, jika hendak membayar juga, sedekahkanlah kepada mana-mana masjid. InsyaAllah, semoga dia dan saya akan mendapat kebaikan bersama-sama.
Dan saya juga menyatakan supaya dia tidak terlalu gembira dan perlu berhati-hati kerana dikhuatiri perkara ini belum tentu sudah selesai sepenuhnya.
Berdasarkan pengalaman saya, Jin dan Syaitan memang licik, apabila mereka rasa terancam, mereka mungkin akan berpura-pura telah beredar atau berhenti daripada mengancam mangsa untuk mengelak daripada terpaksa ‘berhadapan’ dengan orang yang tertentu. Bukanlah kerana orang itu hebat, tetapi mungkin kerana orang-orang yang mereka takuti itu lebih dekat dengan Allah. Oleh itu doa mereka akan mudah dikabulkan oleh Allah dan ini menjadi ancaman besar kepada mereka.
Tapi itu orang lain, macam saya ini, tidaklah sebaik manapun. Kebetulan saja Allah memang hendakkan perkara itu berlaku, mungkin bukan disebabkan doa saya. Dan saya memang tidak layak untuk digelarkan orang yang mustajab doa, jauh sekali sebagai seorang yang warak.
Setelah hampir sebulan ‘penghuni’ itu tidak mengganggu, dia berjumpa saya lagi untuk mendapatkan kepastian, adakah ‘penghuni’ itu benar-benar telah beredar daripada rumah itu ? Saya pun tidak dapat memberikan jawapannya, cuma saya sekadar boleh mencuba. Saya memintanya menunggu dan kemudian mengambil wuduk. Sesudah itu, saya menulis Ayat Qursi pada sekeping kertas dan meminta dia melekatkannya dimana-mana dinding dalam rumahnya.
Keesokan adalah hari cuti (Jumaat), oleh itu saya tidak tahu perkembangan yang berlaku. Tetapi pada pagi Sabtu (cuti Sabtu pertama dalam sebulan pada waktu itu), saya singgah di pejabat untuk mengambil barang, saya kehairanan kerana melihat anak dan isterinya turut berada di Pondok Pengawal juga. Saya fikir, mungkin mereka ingin balik kampung atau ke mana-mana agaknya.
Setelah dia menceritakan keadaan yang sebenar, barulah saya tahu yang anak dan isterinya juga turut bermalam di Pondok Pengawal bersamanya kerana takut untuk tinggal di rumah. Rupanya, selepas dia melekatkan Ayat Qursi yang saya berikan, ‘penghuni’ itu kembali menggangu dengan lebih ‘keras’ lagi. Ini memaksa dia membawa keluarganya bermalam bersamanya dan telah dua malam anak isterinya tidur di Pondok Pengawal itu.
Itulah kali pertama saya melihat anak dan isterinya. Apabila terlihat anak perempuannya yang baru berumur tiga tahun pada waktu itu, hati saya mula tersentuh. Saya mula terfikir bagaimana keadannya jika ‘penghuni’ itu sering manggangu budak kecil ini atau selalu menampakkan rupa yang menakutkan pada budak itu ?
Kebetulan saya ada kelapangan pada waktu itu dan tanpa melengahkan masa, saya mengajak mereka menunjukkan rumah yang mereka sewa itu kepada saya. Mereka bertiga pulang dengan motosikal Honda EX5 dan saya mengikuti mereka dengan motosikal saya. Rakan saya itu mungkin belum mampu untuk memiliki sebuah kereta kerana pendapatannya yang tidak seberapa.
Timbul lagi rasa kasihan terhadap mereka, sudahlah susah, dianiayai oleh tuan rumah itu pula. Hendak mencari rumah baru dan berpindah pun bukannya mudah. Deposit sewa, deposit bekalan letrik dan air juga perlu diambil kira.
Setibanya saya di rumah itu, saya mulakan dengan bacaan Al Fatihah dan Ayat Qursi sebelum turun daripada motosikal. Kemudian saya melihat-lihat disekeliling rumah tersebut serta bahagian belukar di tepinya. Saya tidak merasakan sebarang perasaan luar biasa seperti seram sejuk atau bulu roma yang meremang. Mungkin ‘penghuni’ itu telah beredar lebih awal apabila ‘mencium’ kehadiran saya.
Saya meminta izin kepada rakan saya untuk mendirikan solat dan meminta satu jag air bersih. Setelah sejadah, tempat solat dan air disediakan, saya mendirikan dua rakaat Solat Sunat Hajat dan membacakan Surah Fatihah dan Ayat Qursi dengan kiraan tertentu pada air tersebut. Setelah itu, saya memohon doa agar Allah kasihankan keluarga ini dan sudi membantu mereka.
Air itu saya berikan kepada mereka untuk minum dan mandi setelah saya ambil segelas daripadanya. Segelas air itu saya renjiskan keliling rumah itu sambil membaca Surah Fatihah dan Ayat Qursi serta berdoa agar Allah memberikan perlindungan kepada mereka.
Alhamdulillah, selepas itu, mereka tidak lagi diganggu oleh ‘penghuni’ rumah itu lagi …. Segala-galanya adalah dengan kehendak Allah, Dia Yang Maha Berkuasa di atas setiap sesuatu.


Misteri Kawasan Perumahan Di Kuala Lumpur

| Terdapat suatu kisah di mana ada seorang lelaki dari Singapura menyewa sebuah rumah di kawasan perumahan Kuala Lumpur. Namun semenjak ia menyewa di sana, sering berlaku kejadian pelik di kawasan perumahan tersebut. Ikuti kisah lelaki ini di bawah.

Sekadar gambar hiasan
Tentunya saya ada kisah yang menyeramkan, yang ingin saya kongsi bersama para pendengar, terutama sekali rakan-rakan saya yang kini berada di tanahair Singapura. Ketika saya melakarkan emel ini, saya sedang berada di pejabat saya di Cheras, Kuala Lumpur. Kini jam menunjukkan 12.41 tengah malam.
Saya seorang warga Singapura, yang telah bermastautin di Kuala Lumpur. Saya ditawarkan bekerja dengan sebuah syarikat rakaman di KL. Walaupun saya jauh dari tanah air, tidak pernah saya lepas dari rancangan KC yang sering saya dengar melalui internet di pejabat saya. Pekerjaan saya amat memenatkan. Mengarang lagu dan lirik sehingga lewat pagi. Jadi beginilah kisahnya.
Pada 12 Jun 2012, ketika itu, saya sedang memandu dalam perjalanan ke rumah, dari pejabat di Cheras, ke kawasan perumahan Mont Kiara. Memang itu kawasan elit, dan terdapat ramai orang kaya menetap di situ, tetapi tidak termasuk saya, kerana rumah itu hanyalah rumah yang disediakan oleh syarikat. Sedangkan Yusry KRU tinggal di situ, tapi tak tahu mana satu rumahnya. Kereta yang saya gunakan pun kepunyaan syarikat.
Memang rumah itu besar dan mewah. Rumah itu mempunyai enam bilik. Malangya yang tinggal di situ hanya saya seorang. Pada hari pertama apabila saya mendapat kunci pada rumah tersebut, saya amat bangga dan gembira, kerana waktu di Singapura, saya tidak dapat jejakkan langkah ke rumah seperti itu.
Pada malam pertama, saya pulang rumah lewat. Sekitar jam 3 pagi barulah saya keluar dari pejabat. Banyak sangat mesyuarat dan tugasan yang harus saya selesaikan di pejabat. Saya tiba di Mont Kiara kira-kira jam 3.30 pagi. Oleh kerana rumah saya yang paling hujung, saya terpaksa lalu beberapa rumah. Tiba di jalan yang kecil itu, saya memang gemar memandu dengan perlahan, kerana ingin lihat kereta mewah, yang kebanyakkannya meletakkan kenderaan mereka di luar rumah. Perlahan-lahan memandu, saya menikmati pengalaman melihat kereta Lamborghini, Ferrarri, BMW, Mercedes dan lain-lain. Memanglah sunyi dan sepi.
Sedang saya menikmati melihat kereta-kereta mewah tersebut, tiba-tiba saya terdengar ketukan kuat di bahagian belakang kereta saya. Dengan pantas, saya ”jam brake”, keluar dari kereta dan cari apa yang telah saya langgar. Tetapi satu benda pun tidak kelihatan. Oleh kerana saya berada di depan kediaman orang, saya bergegas masuk ke dalam kereta dan sambungkan perjalanan, takut-takut mengganggu orang lain yang sedang nyenyak beristirehat. Di lorong kecil itu, saya tidak boleh memandu lebih dari 20 KM/J. Ikutkan hati memang saya nak pecut, tetapi takutkan pula ada rodaan polis. Maklumlah, merantau di negeri orang. Tingkah laku harus dijaga.
Sedang saya memandu, saya terbau bangkai. Amat busuk sekali. Kata saya dalam hati, ”Alamak, terpijak bangkai pula…” Saya memang sudah tahu, yang bangkai itu bukan punca dari saya, kerana baunya datang dari belakang. Saya tak nak takutkan diri saya. Saya pun pecut, dengan kelajuan 50KM/J, tak kira lah ada rodaan polis ataupun tidak.
Akhirnya, saya tiba di luar rumah saya. Pagar rumah pun buka secara otomatik. Sesudah meletakkan kereta, saya pun keluar, dan dengan segera buka kasut, untuk mencari punca pada bau bangkai. Memang tepat andaian saya. Memang bangkai itu bukan datang dari kasut saya. Bukan kerana saya terpijak bangkai, atau apa pun. Saya kembali ke kereta saya, dan dapati bau itu sudah hilang. Saya pelik. Oleh kerana saya sudah penat, saya pun masuk tidur.
Keesokan hari, saya bangun tidur dan dapati saya berada di bilik bawah, iaitu bilik yang digunakan untuk pembantu rumah. Saya bangun dalam keadaan gelabah dan terkejut. Setahu saya, saya tidur di bilik saya, iaitu di tingkat atas. Macam mana saya boleh berada di bawah??? Memanglah menyeramkan. Saya duduk di atas katil, termenung dan terfikir-fikir. Saya bergegas ke pejabat seperti biasa. Saya tidak mahu memikirkannya. Saya pun menceritakan kisah saya dengan rakan kerja saya.
Saya: “Izad (Bukan nama sebenar), semalam, aku tidur di bilik aku. Pagi tadi aku bangun kat bilik dapur. Malam ni kau tidur rumah aku boleh? Temankan aku lahh’…’
Izad : “Kau gilakah? Entah-entah semalam kau pergi minum arak, dah mabuk. Lepas tu dah tak ingat yang kau tidur bilik mana. Dah tu kau bagi tahu aku yang kau kena kacau?”
Saya pun menekankan, yang saya tidak minum atau mabuk pada malam sebelumnya.
Saya : ”Semalam, kau telefon aku di pejabat jam 1.30 pagi, dan aku yang jawab. Agak-agak kau aku mabuk ke malam semalam?”
Beliau terdiam seketika.
Izad: “Kau biar betul?”
Saya: ”Kalau aku tipu kau, aku boleh dapat juta-juta ringgit ke?”
Izad pun setuju untuk menemani saya untuk malam itu.
Hari itu, saya pulang awal. Saya keluar dari pejabat pada jam 5 petang. Izad telah berjanji untuk datang ke rumah saya pada jam 9 malam. Izad memang suka mengkaji tentang kegiatan paranormal. Memang tidak silaplah saya memanggil dia datang ke rumah.
Tepat pada jam 9, beliau pun bunyikan ”horn” di depan pagar rumah saya. Walaupun setelah saya buka pagar rumah saya, beliau tidak masuk. Beliau tawaf kenderaan beliau seakan mencari sesuatu. Saya pun keluar.
Saya: “Jat, apa yang kau cari?”
Izad: “Tadi aku rasa aku terlanggar benda lah. Tak tahu apa. Tapi ada bunyi kuat kat sebelah belakang. Aku tak berhenti. Aku terus ke sini…”
Saya pun teringat kejadian yang sama, yang terjadi pada saya hari sebelumnya.
Izad: “Tadi aku bau bangkai. Ni dah hilang. Kelakar seram lah…”
Saya hanya berdiam diri. Saya menjemput dia masuk ke dalam rumah. Beliau duduk di sofa saya, sambil menghidupkan puntung rokok. Lantas, saya pun menceritakan kisah yang sama yang terjadi.
Saya: “Semalam, aku balik dalam pukul 3 lebih pagi gitu. Aku pun terdengar bunyi yang sama yang kau alami. Tapi aku berhenti, keluar dan cari apa yang aku dah langgar. Bila aku dapati yang aku tak langgar apa-apa, aku pun sambung perjalanan lah. Dalam kereta, aku bau busuk. Bau bangkai. Datangnya dari belakang. Aku tak tengok cermin. Aku segan nak tengok wajah dia…”
Izad: “Aku rasa, kau terlanggar makhluk atau jin kot?”
Sedang kami berbual, kedengaran pinggan jatuh berkecai di dapur. Kami berdua bergegas ke dapur, tetapi tidak kelihatan apa-apa. Walaupun kedengaran pinggan pecah, kami tidak nampak sebarang serpihan kaca. Kami berdiri tegak, dan kedengaran pula hempasan pintu di tingkat atas. Kami berdua pun lari ke tingkat atas, dan memang semua pintu bilik terbuka. Izad dan saya menyemak semua bilik, satu per satu. Semua lampu dihidupkan. Bila kami tidak jumpa apa-apa, kami pun turun ke ruang tamu.
Kami berdua berdiam diri, sambil tersandar di sofa sambil merokok. Tiba-tiba, Izad bangkit dan bergegas ke bilik kecil di dalam dapur. Saya pun mengekorinya. Saya cuba mengisyaratkan sesuatu padanya tetapi beliau menyuruh saya diam. Kami pun berdiri di depan bilik kecil itu. Pintu bilik itu memang tertutup. Beliau memberi isyarat dan menyuruh saya buka. Bila saya buka, kelihatan seorang wanita sedang duduk di atas katil.
Saya lari keluar dari rumah, tanpa pedulikan Izad. Dari luar kedengaran suara memanggil, “Azlan… Azlan…” Suaranya amat menyeramkan. Bila di luar, baru saya sedar yang Izad masih di dalam. Lampu di dalam rumah semuanya terpadam, dan Izad tidak keluar lagi. Saya dah tak tahu apa nak buat. Saya pun menjerit meminta pertolongan. Datang seorang pakcik, bersama isterinya. Saya menceritakan pada pakcik tersebut, dan pakcik tersebut langkah masuk ke dalam. Entah bagaimana, pintu rumah saya terkunci dari dalam, Pakcik itu terpaksa pecahkan pintu itu. Anjing di sekeliling kawasan perumahan itu mula menyalak tanpa henti. Sepuluh minit kemudian pakcik itu pun keluar, sambil mengheret Izad, yang dalam keadaan seperti disampuk. Saya dan pakcik itu memegangnya dengan kuat, tetapi beliau amat kuat. Dengan bacaan mentera, yang bukan datangnya dari Al-Quran, Izad meraung di lantai. Matanya merah dan wajahnya pucat.
Waktu pakcik itu sedang membaca mentera, angin yang kuat menyapa tubuh. Akhirnya, Izad memberi jeritan yang amat kuat, tetapi suaranya seperti suara campuran lelaki dan perempuan. Saya tak tahu macam mana nak terangkan. Kemudian, beliau pengsan. Semuanya berakhir. Lampu di dalam rumah pun menyala dengan tiba-tiba. Saya dan pakcik mengangkat Izad ke dalam rumah saya. Isterinya pun turut mengikut masuk.
Izad terlantar di atas sofa. Pakcik yang berasal dari Perlis itu pun bertanya dalam loghat orang Perlis. Saya cuba untuk memahaminya, dan menjelaskan padanya apa yang berlaku hari sebelumnya. Rupa-rupanya, kata beliau, sesiapa yang tinggal di kawasan rumah saya, yang harus menempuhi jalan yang sama, iaitu jalan yang saya diganggu itu, harus pulang ke rumah sebelum Maghrib. Kalau harus pulang lewat, jangan hiraukan apa-apa bunyi yang ketika dalam perjalanan. Di salah satu tiang lampu, ada tanda menyatakan ”Jalan ini ‘kotor’. Berhati-hati”. Tetapi ia ditulis dalam bahasa Cina.  Sesiapa yang keluar dari kenderaan, makhluk itu akan ikut pulang ke rumah.
Apa sebab kehadiran makhluk itu tidak diketahui. Pakcik itu beredar dari rumah bersama isterinya, meninggalkan saya dan Izad. Oleh kerana badi yang masih ada di dalam diri, saya pun memaksa diri untuk tidur.
Keesokkannya, saya menceritakan apa yang terjadi pada Izad. Kata beliau, beliau nampak wanita yang cantik sedang duduk di atas katil. Wanita itu pun datang kepadanya. Beliau ingin lari, tetapi beliau dipukau. Seterusnya, beliau tidak ingat apa yang terjadi.
Sehingga sekarang, saya masih menetap di rumah yang sama. Jikalau saya harus pulang lewat, saya akan tidur di pejabat.
Ingin saya ucapkan pada Terima Kasih pada Datuk Amri, pakcik yang telah menolong saya pada malam itu. Kini, beliau sudah berpindah, dan pertolongon beliau masih ada di ingatan.