ALOR STAR: Segelintir individu di negeri ini gemar membela ‘anakkrok’ iaitu sejenis alat pemujaan diperbuat daripada tulang manusiayang sudah meninggal dunia walaupun dibeli dengan harga puluhan riburinggit.
Alat pemujaan yang ‘dihidupkan’ dengan jin itu perlu diberikan makan enam titik darah tuannya sendiri setiap tiga bulan.
Ia antara syarat pemilikan alat pemujaan itu yang kini popular dikalangan bomoh kerana kononnya mampu mendapat kekuatan luas biasa dandidakwa lebih hebat daripada toyol.
Malah, ada bomoh sanggup memiliki hingga 12 anak krok tanpa mempedulikan perbuatan seperti itu bersifat tahyul dan khurafat.
Penasihat Majlis Agama Islam Johor (Maij), Datuk Nooh Gadut,mengingatkan pengamal perubatan tradisional atau bomoh yang menggunakankaedah rawatan bertentangan dengan ajaran Islam adalah haram.
“Bomoh terbabit mesti berhenti segera amalannya dan bertaubatkerana perbuatan bersahabat dengan jin bertentangan dengan sunnahRasulullah, ijmak ulama, syarak dan akidah Islam.
“Begitu jugahukumnya terhadap orang ramai yang mempercayai kaedah rawatanberkenaan. Semua harta yang diperoleh bomoh terbabit haram digunakanselain mengundang kemurkaan Allah s.w.t.
“Ia juga akanmenyebabkan hidup mereka dan keluarga tidak diberkati. Mereka jugaperlu memulangkan wang yang dicuri daripada orang ramai selain memohonmaaf kepada mangsa,” katanya kepada Harian Metro.
Nooh turutmenasihatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan amalansongsang itu kerana perbuatan mendapatkan perlindungan, pertolongan dankesenangan daripada makhluk selain Allah boleh menyesat dan memurtadkanmereka.
“Bagi mereka (orang ramai) yang bimbang wang merekadicuri makhluk itu perlulah menunaikan rukun Islam selain sentiasamemanjatkan doa kepada Allah s.w.t,” katanya.
Difahamkan, anak krok diperoleh dari Thailand.
Menjelaskan lebih lanjut mengenai penggunaan alat pemujaan terbabit,seorang pengamal perubatan tradisional, Fadzil Othman, 46, berkata anakkrok hanya boleh diperoleh daripada bomoh tertentu dari negara jiranitu dan dipercayai tiada individu dalam negara ini mampumenghasilkannya.
Dia berkata, anak krok kononnya mampu memberi wang kepada tuannya dengan mencuri daripada orang ramai seperti dilakukan toyol.
“Setiap pemilik anak krok mampu memusnahkan sesuatu objek dengan mudahbiar apa pun saiznya selain mampu memikat wanita cantik hanya dengansenyuman.
“Bomoh juga menggunakannya sebagai alat pengimbas alaX-Ray bagi mengenal pasti jenis penyakit yang dialami pesakitnyasebelum memulakan rawatan,” katanya.
Fadzil berkata, anak krok juga boleh digunakan samseng serta menundukkan pengikut supaya patuh kepada arahan diberikan.
Bagi menghasilkan anak krok katanya, tulang mestilah milik individu yang memiliki ilmu tinggi seperti guru silat atau tomoi.
Semakin tinggi ilmunya, harganya boleh mencecah sehingga RM10,000 dankekuatannya juga ditentukan berdasarkan jenis dan saiznya.
Katanya, pemilik anak krok perlu membuat perjanjian aneh sebelumbergelar tuan seperti menjaganya seperti anak kandung selainmembenarkannya menghisap darah sendiri sebanyak enam titik setiap tigabulan.
“Jika tidak dapat mematuhi perjanjian berkenaan, anakkrok akan memberontak dan mengganggu pemilik serta ahli keluarganya,”katanya.
Menurutnya, setiap anak krok hanya mampu melakukan satu perkara dalam satu masa.
Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
ReplyDeleteDalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny