TQ Sudi Follow :)

Friday, 14 October 2011

Tandas histeria di Gurun


GURUN Kejadian aneh dan menyeramkan di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gurun arah Selatan seperti yang dialami Mohd. Fitri Mohamad dari Kangar, diakui bukan kejadian pertama di situ.
Malah dua bulan lalu, seorang wanita tempatan tiba-tiba diserang histeria ketika berada dalam tandas pada satu malam di kawasan R&R itu dan ia disaksikan sendiri oleh seorang tukang masak gerai makan di situ, Habibah Mustafa, 46.
dia meracau-racau dalam bahasa Indonesia sampai dekat 20 minit.
bila tengok keadaannya tak berubah, keluarga dia terus bawa pergi dengan kereta,拻 katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
Habibah bagaimanapun tidak pernah pula mendengar cerita mengenai wanita kebaya merah.
Kosmo! yang meninjau ke hentian tersebut pada pukul 5 pagi semalam, iaitu waktu yang sama Mohd. Fitri mendakwa telah merakamkan gambar satu lembaga wanita berbaju merah, mendapati suasana di tempat yang menjadi persinggahan pemandu lori itu sangat sunyi.
Mohd. Fitri yang juga seorang guru bahasa Arab di Perlis mendakwa kelibat lembaga berbaju merah itu kelihatan dalam gambar digital yang dirakamkannya di stesen minyak itu pada kira-kira pukul 5.30 pagi, Jumaat lalu.


Wanita Paling Menyeramkan di Taiwan


Masyarakat Taiwan percaya awal bulan ini adalah hari dimana arwah-arwah dapat selonong boy ke dunia kita-kita yang masih hidup. Merekapun mengadakan kompetisi siapa wanita yang paling seram, dan wanita inilah pemenangnya.

Mahluk menyeramkan diatas adalah wanita bernama Lin Ya-chi, 32. Ia adalah pemenang kompetisi 'Ghost Queen', kompetsi yang diadakan untuk menyambut bulan Hantu di Taiwan. Menurut kepercayaan penduduk Taiwan, bulan Hantu adalah bulan dimana pada hari pertamanya para arwah dapat keluar masuk sesuka hati antara dua dunia, yaitu dunia orang mati dan dunia orang hidup.

Menurut panitia penyelenggara, apabila Lin mau menjadi hantu-hantuan pada acara bulan depan, ia berhak atas hadiah sebesar NT$100.000 (Rp.30 juta) dan tiket perjalanan 6 hari ke Los Angeles.

Meskipun sebagian besar voter memilih Lin yang berdandan ala Vampir sebagai wanita yang paling menyeramkan di Taiwan, namun ternyata Lin sendiri tadinya adalah wanita yang super penakut. Lin mengatakan dirinya tidak pernah berani menonton acara tentang hantu dan bahkan mengunjungi rumah hantu di taman bermain saja dirinya ogah. Wanita lulusan Sastra Cina di Universitas Tunghai ini berkata bahwa ia benar-benar mengeluarkan segenap keberaniannya demi mendapatkan hadiah uang dan kesempatan jalan-jalan ke luar negri.

Berubah dari seorang penakut hingga kini menjadi orang yang bekerja menakuti orang-orang lain, dirasakan Lin membuat dirinya kini menjadi lebih pemberani dan ia merasakan sensasi kepuasan setelah berhasil menakuti seseorang.

Ibu Lin pada awalnya tidak setuju, ia mengatakam bahwa berpakaian seperti hantu pada bulan Hantu akan membawa kesialan, namun setelah Lin bersikeras untuk tetap mengikuti kompetisi ini, sang ibu mengalah dan membekali putrinya dengan 2 batu giok untuk menjaga dirinya dari hantu jahat.

Tuesday, 11 October 2011

Untuk pengetahuan kite bersama..


Kelainan seks "Berhubungan Seks Dengan Mayat" Pernahkah Anda Terpikir?? Ada juga beberapa jenis manusia suka melakukan hubungan seks dengan mayat, memang sangat tidak lazim dan pasti sangat menjijikan. Ada 3 jenis penderita Necrophilic iaitu :

Pertama
-necrophilic homicide, penderitanya harus membunuh terlebih dahulu untuk mendapatkan mayat dan memperoleh kepuasan seksual.
Kedua
- regular necrophilia, si penderita hanya menggunakan mayat yang sudah mati untuk memperoleh kesenangan seksual.
Ketiga
- necrophilic fantasy, si penderita berfantasi berhubungan seks dengan mayat, tetapi tidak melakukannya.

Berdasarkan kajian terhadap 122 kes yang terjadi, sebahagian besar penderitanya masuk dalam golongan kedua. Separuh dari mereka bekerja di bilik mayat atau perusahaan pemakaman.
Seorang penggali kubur di Itali mengaku bergairah dan melakukan masturbasi setelah menguburkan mayat gadis muda yang cantik. Agar mencapai klimaks dia harus menyentuh mayat si gadis. Kegiatan seksual tak lazim itu dilakukan setelah sepi dan tak ada orang di sekitar kuburan. Dalam pengakuannya, dia mengatakan sudah bercumbu dengan ratusan mayat yang dikuburkannya. Dalam seminggu, dia melakukan aktiviti seks dengan mayat antara 4-5 kali. Dia juga pernah mengisap darah dan urin dari mayat anak perempuan yang masih remaja.


Sejarah mencatat hal serupa terjadi di Mesir ribuan tahun lalu. Para suami yang takut mayat isterinya diperlakukan tak senonoh oleh pengebumi mayat,mereka sanggup menyimpan mayat isterinya di rumah sampai benar-benar membusuk. Salah satu yang menjadi legenda hingga kini adalah Raja Herod yang membunuh isterinya, kemudian berhubungan seks dengan mayatnya selama lebih dari 7 tahun.


Jenis kelamin penderita necrophilia, 90 peratus laki-laki dan heteroseksual. Hanya sebahagian kecil yang melibatkan kaum gay dan wanita. Salah satunya, kisah seorang wanita yang bertugas menghias mayat di sebuah perusahaan pemakaman. Selama 4 bulan masa kerjanya dia sudah berhubungan seks dengan banyak mayat lelaki.

Kisah Rumah Hantu di Seksyen 2 Shah Alam

9 tahun lepas aku dapat sambung belajar di UITM Shah Alam. So, perkara pertama yang perlu difikirkan adalah tempat tinggal kerana aku tidak dapat hostel. Oleh sebab kerajinan dan keperihatinan yang ada pada aku dan kawan-kawan, maka kami berjaya menyewa di sebuah rumah berdekatan kawasan seksyen 2. Berhampiran dengan Wet World [kalau korang tahu la].
Rumah itu banglo 2 tingkat 4 bilik. 3 bilik di atas dan 1 bilik bawah. Kitorang berlapan, maknanya 2 orang bagi satu bilik. Aku ringkaskan saja la, kitorang masuk rumah itu dengan perasaan berbelah bahagi. Best, suka, pelik, rimas dan takut semua ada.
Pertama, tuan rumah hanya minta RM50 sahaja sebagai deposit dan sewa pertama hanya perlu bayar apabila masuk bulan kedua. Kiranya bulan pertama free la… [?]
Kedua, tuan rumah tak bagi kitorang bawa barang banyak-banyak sebab nanti penat nak angkat balik katanya…
Ketiga, pokok Ara tepi rumah itu besar sangat sampai dahannya boleh masuk ke dalam tingkap bilik atas.
Malam pertama, kami tidak dapa tidur kerana sibuk punggah dan kemas barang sambiil layan DVD Korea. Gangguan seram bermula pada hari kedua. Tak perlu tunggu malam, siang hari pun kami sudah dikacau. Azmi “dagu” merupakan orang first yang kena.
Masa itu baru pukul 10.30 pagi [anggaran aku la], si Azmi ni bangun untuk membuang air besar. So, dia pergi la toilet bawah tapi dalam toilet seperti ada orang [sbb pintu tertutup]. Toilet atas pula rosak, tuan rumah kata nanti dia akan baikikan. Tunggu punya tunggu, tak kuar-kuar orang dalam tandas. Jadi Azmi ni memekik la suruh cepat sikitt keluar sebab dia tak tahan. Akibat jeritan si Azmi ni, habis satu rumah bangun pergi tengok apahal. Yang peliknya, kitorang berlapan semua ada, habis tu siapa yang berada dalam tandas? Pintu toilet pula berkunci siap ada bunyi orang flush jamban lagi… Dalam ramai-ramai, Lan seorang saja yang berani sikit [mungkin sebab dia ni keturunan Bugis kot], dia pergi rentap pintu toilet tu sampai terbuka. Takada orang tapi dari kesan yang ada, pintu tu memang dikunci dari dalam. Last-last si Azmi tak jadi berak… Mungkin pasal takut kot.
Malam tu kitorang kena lagi teruk.
Masa aku nyenyak tidur, tetiba ada orang tarik dua-dua belah kaki aku sampai jatuh dari katil. Kepala aku terhentak dulu pada lantai!! Apa lagi, angin la aku sebab ingat budak-budak nak buat pedajal dekat aku tapi bila aku bangun tak ada orang pula. Yang ada cuma si Lan yang tengah membuta di katil atas. Aku tak rasa Lan yang buat sebab confirm dia tidur mati. Bila aku keluar bilik, aku dengar budak-budak tengah ketawa. Rupanya diorang tengah layan DVD di hall bawah. Aku pun masuk bilik balik sebab still bingung tp baru aku terperasan masa ak tengah jengok ke bawah tadi aku perasan Lan ada!! Bukan ke tadi aku nampak dia tengah membuta dalam bilik? Ahh sudah…
Dengan perasaan berani-berani takut aku tengok atas katil Lan ada bonjol bawah selimut, kiranya macam ada orang la. Aku tarik kain selimut tu and guess what? Ada batu nisan yang sudah retak-retak dan automatiknya bilik aku diselubungi bau hapak dan hanyir yang teramat.
Masa ni korang jangan tanya apa aku buat sebab kalau benda ni jadi pada korang pun takkan korang nak stay lagi dalam bilik tu betul tak? Aku rasa kaki aku dah tak jejak tanah dah sebab lari laju sangat. Aku lari keluar dari bilik tu dan pergi ke hall sebab nak bagitahu member-member aku la kononnya tapi yang macam haram jadahnya member aku seorang pun dah tak ada di hall. Nak tahu diorang di mana? Semua dah duduk di luar rumah!! Rupanya diorang awal-awal lagi dah kena kacau. Yang lakhanatnya, tak ada seorang pun kejutkan aku… Taik betul diorang ni.
Lepas diorang tenangkan aku, kitorang decide nak buat apa sekarang sebab sudah pukul 3 pagi. Nak minta tolong tok imam, rumah tok imam pun kitorang tak tahu. Nak mintak tolong jiran, kiri kanan rumah kitorang cina. Last-last Salleh ajak lepak restoran Hakim saja sampai pagi. Bunyinya macam senang tapi masing-masing tak pakai baju dan pakai boxer dengan kain pelikat saja. Mahu tak mahu terpaksalah juga kitorang masuk ruma tu balik sebab nak ambil seluar, wallet dan kunci motor.
Oleh sebab bilik si Bob dengan Naim saja yang berada di bawah, maka kitorang decide untuk pinjam baju and suar dia. Masing-masing takut nak naik tingkat atas. Wallet aku pun tinggal. Masing-masing pakat guna duit Naim dulu. Nasib baik kunci motor kitorang sangkut pada dinding [tempat penyangkut]. Masa nak keluar dari rumah tu, Wak pula perasan ada budak perempuan di pintu dapur tengah senyum sambil lambai tangan pada dia. Yang aku pula boleh terperasan budak tu juga sebab aku tengok muka Wak dah kejung campur pucat lesi. Sekali budak tu senyum rasa macam nak terkincit dalam suar la… Kepala lutut aku menggigil sampai di restoran Hakim!!!
Setibanya kitorang di restoran Hakim, masing-masing sibuk buka cerita termasuk aku sekali. Mula-mula Wak cerita, malam tu lebih kurang pukul 12 pagi lebih, dia sibuk download lagu tetiba ada bunyi macam orang baling batu pada tingkap bilik dia. Bila dia jengok, dia nampak ada seorang perempuan duduk di atas pokok kayu Ara sebelah rumah tu, pakai baju putih kekuningan, koyak-koyak dan rambut panjang. Yang sadisnya, perempuan hodoh tu boleh senyum pula pada dia. Wak ni apa lagi tutup tingkap bilik dia dan terus keluar untuk pergi ke bilik aku kononnya. Malangnya, lagi seekor hantu pula duduk depan pintu bilik dia tapi kali ni hantu budak. So, dia ambil keputusan terjun dari tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik tak patah.
Azmi “dagu” pula cerita yang dia nampak ada budak perempuan lambai tangan pada dia [yang ni, aku pun kena juga ok]. Aku confirm yang budak ni buhkan manusia sebab aku tengok kaki dia tak ada!! Sam pula cerita dia nampak hantu tu pada siling rumah! Bila buka mata saja, hantu tu betul-betul “eye to eye” dengan dia. Kiranya masing-masing semua kena kacau la ni. Dan aku orang last yang cerita.
Aku cakap la yang aku kena tarik dua-dua kaki masa tidur sampai kepala aku terhentak pada lantai. Lepas itu aku cakap la yang aku nampak diorang tengah layan DVD di hall tapi si Azmi tetiba nyampuk “bila masa pula kitorang tengok DVD ni?”. Rupa-rupanya tak ada seorang pun yang tengok DVD pagi tu!! Dah tu, siapa yang aku nampak? Haru betul… Kaki aku yang dari tadi menggigil makin bertambah kuat menggigil.
Tengah sibuk-sibuk berborak, aku terbau sesuatu yang kurang enak. Member-member aku yang lain pun bau juga. Rupanya si Azmi terkencing dalam seluar sebab takut sangat. Nasib baik malam tu tak ramai sangat orang di Restoran Hakim tu. Malu betul. Aku pula boleh ternampak si Sam pakai selipar sebelah lain. Dari sibuk-sibuk cerita seram terus jadi cerita kelakar pula.
Tengah sibuk-sibuk ketawa, baru kitorang perasan yang si Salleh dengan Naim tak ada dengan kitorang. Yang ada cuma kami berenam. Aku, Azmi dagu, Sam banjar,Wak, Bob dengan Lan. Dalam ramai-ramai tu cuma Bob seorang saja yang bawa HP, so kitorang try call Naim tapi tak ada orang angkat. Try call Salleh pula, sama juga tak ada orang angkat. Then, Lan ambil HP Bob, dia baca apa entah agaknya, lepas tu dia suruh Bob call Naim lagi sekali. Bob call dan buka loud speaker. Korang tahu apa jadi? Ada suara perempuan mengilai. Gila-gila punya ngilai la sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Last-last kitorang sepakat akan tunggu sampai pagi esok baru balik rumah tu semula dan cari Naim dengan Salleh. Lepas dengar suara perempuan ngilai pada HP tu, tak ada seorang pun di antara kitorang bercakap… Sampai Subuh!!
Pukul 7.30 pagi baru kami blah dari Hakim. Hati aku masih lagi kuat berdebar-debar. Yang lain-lain aku tahulah. Sampai dekat depan rumah, aku tengok pintu rumah dengan pagar terbuka seluas-luasnya. Kalau pencuri masuk ni, memang dia akan kaya sebab laptop, wallet dengan HP kami semua dibiarkan macam itu saja. Bulu tengkuk aku masih lagi meremang. Tak ada seorang pun berani masuk rumah itu dahulu Aku ingat, ada lah 20-30 minit kami duduk tercangak-cangak dekat depan rumah sebab tak berani masuk. Entah macam mana agaknya HP Bob berbunyi.
Hati aku da x sedap. Jangan la kata hantu tu yang telefon masuk umah. Lan angkat. Sebenarnya dalam ramai-ramai, Lan lah yang paling berani tapi kadang-kadang penakut juga lah. Pihak hospital telefon, katanya Naim ada di wad kecemasan hospital Klang. Kemalangan katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dari nombor HP Bob, sebab itu dia telefon nombor Bob. Oooo baru aku faham. Yang peliknya Naim kemalangan?
Masing-masing serba salah jadinya. Bingung pun ya juga. Tak tahu sama ada nak melawat Naim di hospital Klang atau cari Salleh yang hilang. Akhirnya kami telefon tuan rumah untuk tengok apa yg patut. Aku dengan Sam pulak pergi hospital Klang tengok keadaan Naim. Kalau memang tenat sangat, aku akan beritahu yang lain suruh datang. Yang lain aku suruh cari Salleh keliling umah, takut-takut dia kena sorok. Kami masing-masing hanya bertawakal. Masa dalam perjalanan ke hospital Klang, aku pun tak tahu Sam pecut sampai berapa tapi hati aku masih lagi kuat mengatakan bahawa perkara ini belum habis lagi.
Sampai hospital,aku terus cari Naim. Sebak sungguh hati aku tengok keadaan Naim yang parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek dengan kereta atau sesuatu. Kes langgar lari. Naluri aku kuat mengatakan bahawa umur Naim ni tak panjang sebab darah keluar membuak-membuak. Sam tak sanggup tengok, air mata dia berjurai-jurai keluar. Doktor pun cakap Naim ni sudah nyawa-nyawa ikan, tak dapat nak tolong banyak. Aku duduk tepi Naim, dia boleh bercakap lagi tapi sangkut-sangkut. Dia mintak maaf sebab menyusahkan kami. Berulang-ulang kali dia minta maaf tapi aku masih lagi tak dapat tangkap apa yang dia cakap. Akhirnya dia meninggal juga. Aku gagahkan hati aku telefon kawan-kawan yang lain beritahu kematian Naim. Aku tengok Sam terduduk tepi balkoni dengan mata merah sebab nangis banyak sangat. Tak lama lepas itu keluarga Naim datang. Aku tak anggup nak tunggu lagi dan ajak Sam balik Shah Alam.
Sampai dekat rumah, aku tengok ramai gila orang tengah cari Salleh tapi tak jumpa-jumpa. Habis satu umah digeledah. Akhirnya ada orang tua dekat situ minta tolong dengan seorang ustaz. Aku tak ingat apa nama ustaz itu tapi lepas Asar baru kami jumpa Saleeh duduk dekat atas busut belakang rumah. Yang hairannya, sudah 5,6 kali orang cari tapi tak ada pula jumpa dia dekat situ. Tak kisahlah janji dapat jumpa balik Salleh. Kami semua ambil keputusan pindah dari rumah hari itu juga. Kebetulan dekat seksyen 7 [pintu belakang UITM] ada satu rumah untuk disewa, jadi kami pindah situ lah. Barang-barang Naim kami angkut sekali. Terus terang aku cakap, memang aku angin gila tengok muka tuan rumah sebab tak beritahu yang rumah ini “keras”.patut lah dia suruh bayar rm50 saja dulu dan tak bagi bawa barang banyak-banyak. Cisss……
Aku demam 3 hari.
Jenazah Naim selamat dikebumikan di Raub,Pahang.
Seminggu lepas Itu,keadaan sudah ok sikit cuma Salleh saja yang sakit-sakit badan. Akhirnya mulut aku tergerak nak tanya Salleh apa yang berlaku sebenarnya sebab sebelum Naim meninggal dia ada cakap dekat aku suruh tanya Salleh satu rahsia. Rupanya masa hari pertama kami masuk rumah tu, Naim dengan Salleh sudah buat hal. Dia cangkul busut dekat belakang rumah tu. Naim pula kuis-kuis dengan kaki dia. Mungkin sebab itu lah kaki dia parah [dalam hati aku lah]. Kemudian Salleh cerita,kn ada malam yg kitorg satu uma kena kacau tu dia dengan Naim pun kena juga. Tapi hantu tu siap kejar diorang sampai dekat jalan. Diorang punya la cuak sampai lari ke tengah jalan. Entah mana datangnya kereta tiba-tiba hentam mereka. Naim tercampak tengah jalan, dia pulak dekat tepi jalan. Datang kereta lain terus lenyek kaki Naim. Lepas tu, Salleh kata dia terus tak sedar apa-apa sampailah kami jumpa dia atas busut tu. Yang peliknya,macam mana dia boleh duduk atas busut sedangkan dia kata dia lari dekat tengah jalan besar? Kenapa Naim seorang yang kena teruk?
Akhirnya aku dapat jawapan sebenar. Tak lama lepas Salleh cerita dengan aku, dia jatuh sakit. Tak tahulah sakit apa tapi 3 bulan kemudian dia meninggal. Keluarga dia sendiri kebingungan sebab doktor pun tak tahu sakit Saalleh. Tapi aku yakin, kes ni ada kaitan dengan busut yang diorang gali tu. Aku dengan geng-geng aku yang lain sempat ziarah arwah Salleh. Paling tak boleh tahan Bob sebab dia roomate dengan Naim. Memang aku tau dia sedih sangat. Yang tak boleh lupa, kami semua menangis masa angkat jenazah Salleh. Rasa sedih sangat masa tu..
Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dan Lan, semua sekali selamat habiskan pengajian di UITM. Buat Naim dan Salleh, kami tetap akan ingat korang sampai bila-bila. Al- fatihah
Opps.. Rumah banglo dekat seksyen 2 itu sampai sekarang ada lagi [agaknya]. Tiap kali aku lalu kawasan situ mesti aku rasa sedih sangat. Lagi satu,masa hari terakhir kami di rumah tu, Wak tertinggal HP dia dekat bilik atas. Jadi pada siapa-siapa yang berani, boleh lah ambil HP tu tapi itu pun kalau korang berani la… Nokia 3310

Hantu Asrama


Kisah ini terjadi semasa aku berada di dalam
tingkatan satu. Waktu itu, aku tinggal di asrama. Seperti kebiasaan, pada bulan Julai setiap tahun, satu asrama mesti heboh dengan histeria dan bermacam-macam lagi. Pada masa itu, seluruh asrama berada dalam ketakutan. Pada waktu malam, kami tidak berani tidur lewat seperti hari-hari biasa. Tepat saja pukul 11.00 semuanya mesti telah berselubung di atas katil...
Tetapi, pada suatu malam.......

Aku dan kawan-kawan sedang bersembang mengenai hantu yang dikatakan sedang berkeliaran di asrama kami pada masa itu.
Kami yang terkenal dengan sifat berani, mengutuk-ngutuk hantu yang selalu mengacau ketenteraman kami di asrama. Sedang enak kami mengutuk, kipas angin yang sedang elok berpusing dari tadi tiba-tiba meletup lalu terpelanting!

Kami berpandangan sesama sendiri. Rasa takut menyelubungi
diri.

"Apa tu??,"Adnan, kawanku bersuara"Barangkali ia marah kita
mengutuk-ngutuknya tak??,"

"Ah, biarkan saja! Kalau berani, marilah!!,"Ikmal menjerit sambil memandang ke syiling.

"Sudahlah, mari kita tidur,"kataku pula. Seraya dengan itu,
kami pun naik ke katil masing-masing.

Jam sudah pun menunjukkan pukul 1.45 pagi. Namun aku masih tidak dapat melelapkan mata. Begitu juga dengan rakan-rakanku yang lain. Tiba-tiba kami terdengar bunyi seperti orang berjalan di koridor asrama. Semakin lama semakin kuat.
Kami bergegas keluar daripada dorm. Apabila kami sampai,
bunyi tersebut hilang dan tiada apa-apa di situ. Kami kehairanan. Kami mengambil keputusan untuk masuk semula ke dorm. Tetapi, belum sempat kami sampai ke pintu, jeritan pelajar perempuan kedengaran. Kami terkejut. Seluruh isi asrama terjaga. Pelajar-pelajar form five bergegas ke asrama puteri dan azan di situ. Sesetengahnya pula mengambil surah yassin dan membacanya di dorm masing-masing. Beberapa lama kemudian, barulah kami tahu yang pelajar perempuan diserang histeria. Suara azan dan ayat Al-Quran memenuhi ruang asrama.
Tiba-tiba beratus-beratus cahaya yang berupa kilat keluar dari bumbung Asrama Puteri. Setelah itu, keadaan asrama kembali tenang.

Selepas dari kejadian itu, aku dan kawan-kawan tidak berani lagi bermulut celupar. Kami percaya bahawa kejadian pada malam itu adalah disebabkan oleh kami.....

Kisah 1987


aku nak cite pasal satu kes yang berlaku di kampong aku.time tu umur aku dalam 4-5 tahun. aku dengar cite ni dari mak ayah aku..sebab ayah adalah saksi antara individu yang terlibat..cite nya terjadi si salah sebuah sekolah rendah,dikampung aku jugak..sekolah masa tu bagunan papan lagi.terletak plak sebelah ladang kelapa sawit.memang sunyi gile time waktu sekolah tamat.jalan masuk plak tanah merah je sebab jadi laluan lori angkut buah sawit.ayah aku bertugas disekolah tu sebagai guru besar,dan bilangan murid pon tak ramai sangat..dalam lebih kurang 80-100 orang.nak dijadikan cite,satu hari,hari rabu,waktu kegiatan petang kokurikulum hendak dijalankan.lepas pukul satu semua guru dan murid pulang kerumah masing2 sebab lepas tu nak sambung aktiviti.memandangkan sekolah dekat ngan rumah,maka sunyi sepi la sekejap.tapi hari tu ada 3-4 orang murid darjah 5@6 berpakat taknak balik rumah.diorang nak main sorok2.diorang tu jugak antara kawan abang aku.maka lepas semua orang dah balik,bermulalah permainan sorok sorok.setelah beberapa ketika bermain,ada seorang budak ni kena jadi tukang cari.kawan2 nya yang lain bertempiran lari menyorokkan diri.ada yang masuk dalam bilk darjah la,masuk stor sukan la,dalam tandas.setelah kiraan habis,maka budak ni mula mencari kawan2 dia,tapi yang pelik dia tak jumpa2 lagi rakan sepermainan dia.kemudian dia tergerak hati nak mencari di salah satu bilik darjah paling hujung.bilik tu merupakan kelas untuk tahun 6 ( kalo tak silap aku) satu2 nya bagunan batu dan terletak berdekatan tandas sekolah.nak terdapat serumpun pokok buluh tumbuh dibelakang tandas tu.pokok buluh tu memang dah tumbuh sejak awal penubuhan sekolah sebelum merdeka lagi.maka masuk la budak ni dalam bilik tersebut.dicarinya dicelah2 meja dan kerusi kelas,tapi masih tak jumpa.tiba2 budak ni terlihat satu lembaga seakan-akan budak kecil sedang bertinggung duduk dipenjuru bilik,sambil menutup muka.lalu budak yang sedang bermain tu menegur mengingatkan yang lembaga tu kawan dia.tapi alangkah terkejutnya budak tu sebaik saja susuk tubuh tu menoleh.dia terlihat satu lembaga aneh bukan manusia tersengih memandang beliau dengan keadaan muka yang menyeramkan...lalu budak tu dengan ketakutan yang amat sangat melarikan diri sambil terjerit2 umapama kena histeria...kawan2 dia yang terdengar jeritan tertanya2 kenapa budak tu menangis tak tentu hala sambil cuba melarikan diri dari sekolah.mereka berjaya menangkap rakanya tu sambil cuba menenangkan keadaan,semetara menunggu kedatang para guru ke sekolah.setibanya ayah aku ke sekolah,budak2 yang terlibat menceritakan apa sebenarnya yang berlaku.ayah aku mula bertanyakan kepada manga,apa yang terjadi sebenarnya.mangsa menceritakan semasa beliau berada dalam bilik darjah tu,beliau teleh terjumpa lembaga aneh seakan-akan anak jin,memakai selampit.(dalam keadaan separuh bogel)lemabaga tu katanya mempunyai taring di bibir,wajahnya umpama orang tua 90 an dan berkepala botak serta bertocang.ayah aku dan guru2 lain yang mendengar cerita budak itu tidak percaya dan menganggap nya hanya penipuan semata-mata yang lahir dari perasaan seorang budak kecil.tapi budak tu menafikannya sambil mengatakan ianya benar -benar terjadi budak itu juga mengatakan akan ada bukti yang menunjukkan kewujudan makhluk itu,dan pasti semua orang akan percaya pada ceritanya selepas itu.tanpa disangka-sangka,dengan izin Allah,keesokkannya seluruh guru,murid serta orang kampung gempar kerana terbukti kata2 budak yang terjumpa makhluk pelik tu benar belaka.didalam satu akhbar tabloid masa tu,( seingat aku Watan/Warta ) terdapat laporan satu keluarga India di Sungai Buloh yang melaporkan pada wartawan kisah pelik yang berlaku.ketua keluarga India tu mengatakan terdapat satu makhluk sering muncul dari belakang rumahnya,seakan-akan mengeluarkan ugutan agar keluarga India itu menyediakan ayam panggang dan pulut kuning setiap malam JUMAAT dan diberikan kepada makhluk itu.kata mangsa,lembaga aneh itu sering muncul dari serumpun pohon buluh dibelakang rumahnya.yang mengejutkan lagi kami sekampung,mangsa di sungai buloh itu juga menjelaskan ciri2 dan rupa makhluk itu serupa dengan lembaga yang ditemui oleh anak murid ayah aku tu.malah menambahkan keseraman lagi,kedatangan makluk itu tidak berseorangan,malah ditemani makhluk lain yang sama bentuknya,seolah-oleh satu keluarga

sejak hari itu,ketakutan dan persoalan mula timbul dikalangan penduduk kampung,khususnya buat warga sekolah.apa sebanarnya yang berlaku?dan memang wujudkah makhluk berkenaan?malah ada pihak mengatakan kewujudan rumpun buloh disekolah berkenaan menjadi tempat tinggal makhluk itu.tapi mengkut ayah aku yang sudah lama bertugas disekolah berkenaan,tapak sekolah itu sememangya mempunyai sejarah tersendiri.orang2 tua dikampung mengatakan tanah tapak sekolah itu pernah jadi tempat askar jepun memancung tahanan.malah pernah terjadi sewaktu ayah aku meracun rumput dikawasan sekolah,beliau terjumpa wang kertas jepun secara tiba2...

sehingga sekarang sekolah berkenaan masih ada dengan digantikan dengan bagunan baru.mangsa kanak2 yang terlibat masih hidup sehingga kini.percayalah,cerita aku sampaikan ni bukan rekaan semata-mata,tapi salah satu kisah misteri yang masih tiada jawapan.dan aku percaya,di muka bumi ini,bukan hanya manusia,tumbuhan dan haiwan yang wujud,malah makhluk lain yang tidak terlihat oleh mata kasar juga sering berada disekeliling kita.wujudnya syaitan,iblis dan jin sering
mendatangkan permasalah kerana golongan ini telah berjanji untuk meyesatkan anak2 Adam sehingga hari kiamat..

Misteri Keganasan Bujang Senang di Sarawak


Bujang Senang merupakan seekor buaya yang terkenal dengan kisah keganasannya..buaya ini bermastautin di sungai-sungai besar di Sarawak, khasnya Sungai Batang Lupar dan Sungai Sarawak..kisah kekejamannya bermula di era 8 -an lagi apabila ramai penduduk Sarawak menjadi korban kekejamannya…Buaya yang paling tersohor di Sarawak ini Buaya Hitam Putih yang diberi nama Bujang Senang. Bujang Senang menjadi mashur apabila sekumpulan buaya jenis ini mengamuk dan membaham manusia di sekitar Sungai Batang Lupar, Sri Aman, pada awal tahun 1990-an. Kehebatan Bujang Senang terserlah dengan kebolehannya untuk meloloskan diri dari penembak tepat (sniper), penangkap buaya professional dan juga bomoh dan pawang pawang sehingga ada sekumpulan masyarakat setempat menyatakan Bujang Senang adalah binatang jelmaan..saksikan gambar ngeri ini…
images 1 Kisah Keganasan Bujang Senang di Sarawak
Sungai sungai di Sarawak juga seringkali menjadi tumpuan apabila berlaku serangan atau amukan buaya yang berlaku di sekitar Sri Aman, Bintulu, Kuching dan sekitarnya. Kadang kadang mangsa serangan buaya adalah kanak kanak hingusan dan pencarian mayat sering berakhir dengan penuh menyayat hati (amaran: gambar berikut tidak sesuai untuk tatapan umum).
images1 Kisah Keganasan Bujang Senang di Sarawak
Bukan orang dewasa je..kanak-kanak, wanita mengandung dan orang tua pun menjadi mangsa..khabarnya, bujang senang ini merupakan penunggu Sungai Sarawak..betul ke tak
Bujang senang masih menjadi misteri kepada penduduk sarawak..sampai sekarang bujang senang terus hilang dlm sejarah buaya ganas di sarawak.ramai mengatakan bujang senang telah tewas..dan ada mengatakan bujang senang masih hidup..BUjang senang terus menjadi misteri kepada penduduk batang lupar