TQ Sudi Follow :)

Sunday, 8 April 2012

Misteri Kemayan City Di Johor Bahru


Orang JB terutama yang di sebelah Tampoi, Skudai, Kulai etc tentunya mengenali Kemayan City. Kemayan City adalah sebuah kompleks yang terbengkalai mangsa kegawatan ekonomi tahun 1998. Ianya dikenali ramai kerana gahnya semasa pelancarannya dahulu juga jalan Overheadnya yang menjadi tempat U-turn ke Skudai atau Tampoi. Tak taulah status jalan tersebut samada diiktiraf atau tidak tetapi memang jem di situ terutama semasa waktu petang.

Tetapi kini Kemayan City menjadi tempat yang misteri dan dipercayai menjadi port Mat gian. Namun ada juga yang mengatakan Kemayan City berhantu terutama oleh warga Singapura seperti yang diceritakan oleh Ustaz JAIJ, Ustaz Hanafiah Abdul Razak.

JOHOR BAHRU: Mall berpuaka! Itulah gelaran diberi kepada kompleks beli-belah terbengkalai Kemayan City di Tampoi apabila beberapa keluarga rakyat Singapura terjebak membeli-belah di situ sebelum pulang ke negara asal mereka dengan membawa daun kering atau barangan dibeli lenyap begitu saja.

Cerita pelik dan menyeramkan berkaitan aktiviti paranormal di kompleks Kemayan City bukan lagi asing di kalangan masyarakat bandar raya ini, malah misteri alam ghaib di pusat beli-belah terbengkalai lebih 10 tahun lalu itu menjadi buah mulut penduduk Singapura.

Bagaikan badi kepada warga Singapura, cerita menggerunkan di Kemayan City dikatakan popular kalangan warga republik berkenaan yang mendakwa mengalami peristiwa dianggap susah diterima akal seperti berbelanja dan makan di pusat beli-belah yang sebenarnya tidak pernah beroperasi selepas projek itu terhenti pada 1998.

Kejadian menyeramkan di pusat beli-belah berkenaan pernah dialami sekeluarga rakyat Singapura dari kawasan perumahan di Woodland pada Jun tahun lalu.

Semuanya bermula apabila keluarga terbabit dikatakan mengunjungi pusat beli-belah terbengkalai terletak di tepi Jalan Johor Bahru-Air Hitam pada satu malam, ketika mereka dalam perjalanan pulang menghadiri majlis kenduri kahwin saudara di Melaka.

Sebaik tiba di Kilometer 13 Jalan Johor Bahru-Air Hitam menghala pusat bandar raya kira-kira jam 9 malam, keluarga terbabit tertarik ke arah bangunan di sebelah kiri jalan berkenaan yang bergemerlapan dengan lampu aneka warna dan meriah dengan kunjungan orang ramai.

Tarikan itu menyebabkan keluarga terbabit membuat keputusan singgah dan mendapati kemeriahan itu adalah majlis pembukaan pusat beli-belah yang diadakan secara besar-besaran.

Menyangkakan Kemayan City dipulih dan memulakan operasinya, keluarga berkenaan tidak melepaskan peluang singgah memandangkan malam masih awal.

Selepas berada lebih setengah jam di situ, keluarga berkenaan beredar kerana mempunyai satu lagi destinasi yang perlu singgah sebelum balik ke Singapura.

Mereka menuju rumah saudara di Kampung Pasir yang terletak tidak jauh dari pusat beli-belah berkenaan.

Ketika berada di rumah saudara, seorang ahli keluarga terbabit bercerita mengenai kehebatan majlis pembukaan Kemayan City ketika singgah di situ.

Sungguh mengejutkan apabila keluarga malang itu mendapat berita daripada saudara mereka bahawa bangunan yang didakwa beroperasi sebenarnya masih terbengkalai sehingga kini, bahkan semakin usang.

Pengalaman yang ditempuhi keluarga terbabit diceritakan sendiri mangsa kepada pegawai di Unit Falaq Syarie Jabatan Mufti Johor, Hanafiah Abdul Razak.

Menurut Hanafiah, beliau dihampiri mangsa ketika menyampaikan kuliah agama bulanan di kawasan perumahan berkenaan, beberapa hari selepas kejadian menyeramkan itu.

“Lelaki itu sering mengikuti kuliah agama saya dan pada satu hari dia bertanyakan kepada saya apakah yang berlaku di Kemayan City kerana ada ahli keluarganya mendakwa berbelanja di pusat beli-belah itu.

“Namun, semua barangan dibeli itu termasuk pakaian, didapati hilang sebaik mereka tiba di rumah dan keadaan itu menimbulkan gangguan emosi kepada keluarga berkenaan selepas melalui detik dianggap pelik dan menyeramkan itu,” katanya. Menurut Hanafiah, beliau turut pernah diajukan soalan yang meminta penjelasan berhubung alam ghaib oleh orang ramai yang mengikuti kuliah agamanya di negara republik itu, terutama berkaitan kejadian aneh di Kemayan City.

“Dari segi pandangan Islam, kejadian dialami segelintir pihak di bangunan terbengkalai itu angkara syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk memperdaya dan menyesatkan umat Nabi Adam.

“Imam An-Nawawi dalam kitab Al-Adzkar menerangkan beberapa jenis syaitan termasuk bernama Zalanbur berkeliaran di bandar untuk melalai dan melekakan manusia termasuk mendalangi kejadian individu yang pernah tersesat ke bangunan terbengkalai Kemayan City itu” katanya. Katanya, dalam hadis yang diriwayatkan Imam Ahmad ada menerangkan bahawa rumah atau bangunan yang dibiarkan kosong dan kotor untuk satu tempoh lama akan menjadi kediaman syaitan kerana lumrah makhluk yang dilaknat Allah itu menyukai benda kotor dan busuk.

“Namun, umat manusia amat bertuah kerana dikurniakan hadiah yang tidak ternilai oleh Allah iaitu al-Quran mengandungi ayat yang boleh dijadikan pendinding dari diganggu mahkluk halus seperti jin dan syaitan iaitu ayat Kursi” katanya.

Monday, 2 April 2012

hantu kak limah membuat kacau di marang


Kak Limah muncul di Marang. Itulah yang diperkatakan sebuah keluarga di Kampung Temiang, Pengkalan Berangan, apabila lima sekeluarga tertekan dan ketakutan akibat diganggu lembaga wanita tua berambut panjang itMARANG – Berambut panjang dan kadangkala menutup kepala dengan kain batik, rupanya persis watak hantu Kak Limah dalam filem komediHantu Kak Limah Balik Rumah yang mencetus fenomena dalam dunia perfileman negara.
u sejak lebih seminggu lalu.

Wanita misteri itu dikatakan sering menjelma dan dilihat merayau-rayau sekitar kawasan rumah di situ. Malah, kelibat menyeramkan itu dapat dirakam secara kebetulan oleh salah seorang ahli keluarga terbabit.

Ketua keluarga, Mazlan Ali, 55, mendakwa, lembaga itu berpakaian batik lusuh dengan rambut mencecah paras pinggang, sering merayau sekitar rumah anaknya dari waktu malam hingga ke subuh, sebelum menghilangkan diri.


Hantu Kak Limah minta tolong

Menurutnya, kesemua lima keluarga yang tinggal di kawasan itu adalah anaknya dan tinggal secara berasingan di rumah masing-masing kerana sudah berumah tangga.

“Ada antara mereka juga pernah melihat kelibat seorang wanita berambut panjang berdiri berdekatan paip air dan sekitar rumah sebelum menghilangkan diri.

“Boleh dikatakan setiap hari pasti ada anak saya yang melihat kelibat wanita itu. Bukan itu saja, malah semalam, (kelmarin) saya sendiri terdengar lembaga itu menjerit meminta tolong,” katanya.

Dua bulan sebelum ini, katanya, kejadian menyeramkan itu tidak pernah dialami ahli keluarganya. Kemunculan lembaga wanita berambut panjang itu dikatakan bermula selepas dia membawa balik beberapa keping papan serta tiang rumah ke rumahnya.

Menurutnya, kepingan papan dan tiang rumah itu diperoleh dari rumah pusaka ayahnya di Jerangau, Dungun, untuk dijadikan dinding rumah anaknya, Mohd Syawal, 22.


Diganggu selepas bawa balik papan

“Saya membawa pulang beberapa papan dan tiang itu ke rumah ini pada November lalu dan sejak itu gangguan lembaga misteri itu, bermula dan kami kerap diganggu dan kini kami sudah tidak tahan lagi dengan gangguan ini dan perlukan bantuan,” katanya.

Menguatkan lagi dakwaan itu, Mohd Syawal turut menunjukkan imej lembaga misteri wanita tua seperti bertongkat yang dirakam secara tidak sengaja oleh ahli keluarganya beberapa hari lalu.

Bagaimanapun, kata Mohd Syawal, dia sendiri belum pernah melihat kelibat wanita misteri itu tetapi sering diganggu bunyi yang pelik dan menakutkan sehingga menyebabkan dua anaknya tidak dapat tidur serta asyik menangis.

“Bunyi seperti orang mencakar dinding kerap kedengaran di luar rumahnya pada sebelah malam, apabila saya turun tiada sesiapa di bawah. Kami buntu memikirkan cara untuk mengatasi gangguan ini,” katanya.
Imam nasihat buat solat Hajat

Sementara itu, Sinar Harian turut menemui beberapa penduduk berdekatan kawasan itu namun rata-rata memberitahu kelibat wanita misteri itu tidak pernah menggangu mereka.

Manakala, imam Mohamad Razak, 57, menasihatkan agar keluarga itu mengamalkan bacaan ayat suci al-Quran dan bersolat lebih tekun bagi mengelak diganggu selain mengadakan solat Hajat bersama penduduk setempat.

Berikutan itu, kesemua keluarga terbabit berharap ada pihak yang dapat membantu mereka menangkap atau mengusir lembaga menyerupai wanita itu kerana mereka tidak tahu cara menangani gangguan tersebut.



Sunday, 1 April 2012

photo2 hantu kini sering terhasil secara digital

"Saya kini mendapat lebih banyak gambar-gambar hantu yang dihantar kepada saya, berbanding sepuluh tahun lalu," kata Caroline Watt dari Unit Parapsikologi Koestler di Universiti Edinburg, England. Phil Hayes, penyelidik pada Penyelidikan Paranormal British, membenarkan.

Tahun lalu, Hayes melaporkan gambar-gambar menakutkan yang masuk ke inbox-nya dalam jumlah mencengangkan.

Seabad lalu, fotografi hantu begitu mengharu biru, menggoda imaginasi awam mengenai apa yang dikira sebagai bukti kuat penampakan-penampakan hantu.

Namun kebangkitan fotografi hantu di era kini tak terlalu berkaitan dengan paranormal, sebaliknya lebih kerana peningkatan penggunaan media sosial dan telefon-telefon berkamera.

Pemburu hantu mungkin tak begitu menyambut datangnya teknologi seperti ini. Tetapi, menurut Dave Wood dari Persatuan Kajian Ilmiah terhadap Fenomena Anamoli, telefon berkamera kos rendah telah membuat perniagaan fotografi hantu menjadi lebih ghairah.

Banyak dari telefon-telefon bimbit yang dihasilkan massa tidak menggunakan sistem lensa berkualiti tinggi, namun ini boleh membuat artifak-artifak optik menjadi kelihatan seperti hantu bagi mata awam.

Para jurugambar di era ini juga boleh mengambil lebih banyak gambar sehingga kemungkinan mendapat satu atau dua daripada gambar pelik pun meningkat.

"Cuba ambil beratus-ratus gambar di sebuah bangunan tua berjamur pada malam hari, maka anda bakal mendapat gambar-gambar yang agak ganjil," kata Wood.

Monday, 12 December 2011

Hantu wanita Jepun

Hantu wanita Jepun di air terjun Pinasungkulan
sebuah video berjudul penampakan di Arter Pinasungkulan (2). Avi dilaporkan menampakkan kelibat hantu wanita Jepun yang sedang berada di Air Terjun Pinasungkulan, Manado Sulawesi Utara. Hantu wanita tersebut dilihat berada di sekitar lokasi Kalash perlombongan emas PT MSM.

Awalnya, seorang warga Likupang bernama Noldy Massing merakam lokasi air terjun dan terkejut kerana melihat kelibat wanita Jepun tertangkap dalam kameranya. Seingatnya, dia dan teman-temannya tidak melihat apa pun di lokasi tersebut.

Kerana merasa tidak puas hati, beberapa hari kemudian dia dan teman-temannya kembali ke air terjun itu untuk merakam dengan kamera video. Yang mengejutkan, mereka tidak melihat kelibat tersebut dengan mata kasar, namun dapat melihatnya melalui kamera telefon bimbit.

Anehnya, hanya telefon bimbit dari seorang saja yang boleh menangkap kelibat wanita Jepun itu. Seorang yang merakam dengan kamera handycam, justeru tidak berhasil menangkap gambar hantu itu.

Menurut Noldy, daerah sekitar Air Terjun itu memang dianggap berhantu dan jarang didatangi orang. Sejak dulu orang yang melawat tempat ini selalu mengalami kejadian-kejadian aneh.

Meskipun ramai orang yang meragukan keasliannya, namun Noldy bersikap keras bahawa video mahu pun foto ini adalah asli. Dia Sebaliknya mencabar agar video tersebut dianalisa untuk membuktikan keasliannya. "Coba saja dianalisa," ujarnya melalui mesej yang ditulisnya melalui facebook.









antu gadis kecil terakam dalam CCTV kedai telefon

Hantu gadis kecil terakam dalam CCTV kedai telefon
Akhbar The Sun melaporkan, satu rakaman CCTV yang dipaparkan di YouTube menunjukkan 'hantu' gadis kecil yang muncul di sebuah kedai telefon bimbit terkenal.
Satu tubuh yang kelihatan menyeramkan boleh dilihat berjalan melepasi pintu di belakang kedai, berhenti untuk memusingkan kepalanya dan melihat terus ke dalam kamera rakaman pengawasan @ CCTV.

Kedai itu dikatakan dibina di atas tapak rumah anak yatim Victoria di England, yang dipanggil Yorkshire Orphan Asylum, yang mana dilaporkan bahawa ia adalah 'roh' salah seorang daripada anak-anak yatim yang mati.

"Ini adalah rakaman yang tulen yang telah diperiksa oleh pakar-pakar. Mereka tidak dapat memberikan apa-apa jawapan."

Andrew Dasilva, yang melihat video itu dan memuat-naik ke YouTube, berkata: "Saya tidak percaya nya apabila saya melihat, ia betul-betul menakutkan saya."




5 lokasi penggambaran filem yang pernah diganggu hantu

Sejak dulu lagi, hantu telah menjadi topik yang mengerikan tetapi juga membuatkan orang mahu mengetahuinya. Di tengah-tengah pertentangan antara mereka yang percaya atau tidak percaya atas kewujudan hantu @ jin, perbahasan tentang hantu justeru menjadi salah satu perbincangan terlaris hingga kini. Kerana itulah cerita hantu banyak diterbitkan dalam bentuk filem mahupun tulisan.

Faktanya, di tengah-tengah zaman moden ini, pengakuan tentang hantu masih kerap muncul. Penampakan hantu yang awalnya dikenali dengan tempat sepi dan keras, kini semakin berkembang tanpa pandang bulu dan pandang tempat. Hantu boleh muncul di depan sesiapa sahaja, dan di mana sahaja termasuk di lokasi penggambaran filem.

Fenomena hantu di lokasi penggambaran filem telah menjadi perbahasan menarik ketika ini. Ini kerana para hantu tersebut ternyata tidak hanya muncul di lokasi penggambaran filem-filem bergenre horor saja, tapi juga kerap muncul dalam filem non-horor. Ini adalah lima kes yang pernah dilaporkan dimana hantu muncul di lokasi penggambaran filem.


1 - Kenji Wu di penggambaran filem LOVE RECIPE


Penampakan yang berlaku bulan September 2011 ini boleh dikatakan sangat nyata. Dalam pengambilan gambar untuk promo drama remaja berjudul LOVE RECIPE ini, kelihatan pelakonnya, Kenji Wu, sedang bersandar di kereta. Ternyata gambar yang berjaya diambil menampakkan kelibat perempuan sedang mengintip dari balik tubuh Kenji. Padahal, ketika itu kereta dipastikan dalam keadaan kosong.

Kenji sendiri mengaku bahawa ketika dia sedang melakukan adegan ciuman di dalam kereta tersebut bersama pelakon Ivlyn Li, dia merasa seseorang menepuk belakangnya dari belakang. Dia juga seperti mendengar suara yang melarangnya melakonkan adegan itu. Namun ketika menoleh, tidak ada siapa-siapa di belakangnya.


2 - Lori Membabi Buta di lokasi penggambaran filem VALKYRIE

Peristiwa ini berlaku ketika pembuat filem Bryan Singer sewaktu dirinya sedang mengarahkan filem bersama pelakon Tom Cruise dalam penggambaran filem VALKYRIE pada tahun 2008. Tiba-tiba muncul sebuah kereta kebal yang bergerak membabi buta berjalan ke arah lokasi shooting.

Mujurlah ditakdirkan, seorang stuntman berjaya melompat ke dalamnya dan mengendalikan kereta kebal itu sehingga kru-kru boleh terhindar dari mala petaka tersebut. Kru-kru curiga bahawa kereta kebal tersebut dikendalikan oleh Adolf Hitler yang ketika itu menjadi subjek cerita filem. Pasal sebelumnya diketahui bahawa kenderaan tersebut rosak dan tidak lagi boleh digunakan.


3 - Sandra Bullock ketika penggambaran filem GRAVITY




Peristiwa mengerikan ini terjadi pada tahun 2010. Ketika itu pelakon veteran ini sedang menjalani shooting di dalam salah satu gereja tua di London. Sandra mengaku benar-benar tidak dapat tidur nyenyak pada malam hari kerana ketakutan yang luar biasa. Dia seperti merasakan serangan hantu di dalam gereja yang dipenuhi harta dari London tersebut.

Rasa takut itu terus dirasakan oleh Sandra selama beberapa waktu. Walaupun tidak dilaporkan adanya hantu, namun hal itu cukup mengganggu. Akhirnya Sandra meminta agar gereja tersebut dibersihkan dari hantu-hantu yang kerap membuatnya gelisah tersebut.


4 - Hantu di Lokasi penggambaran filem 'X-MEN: FIRST CLASS'


James McAvoy, yang memegang peranan Professor X dalam filem ini mendedahkan bahawa rumah di Anglefield House, Berkshire, England yang mereka jadikan rumah singgah selama penggambaran filem memang berhantu. Dia mendedahkan bahawa dirinya sempat melihat hantu yang berkeliaran, dan salah satu hantu yang dikenalinya adalah hantu Sir Patrick Stewart.


5 - Empat orang maut secara misteri ketika penggambaran filem 'MISTERI HANTU BIMBIT'

Penggambaran filem MISTERI HANTU BIMBIT di Telaga Warna, kawasan Dieng, Wonosobo, Jawa Tengah benar-benar membawa mala petaka. Beberapa kru filem mati secara misteri di lokasi penggambaran filem selama penggarapannya. Kru-kru yang maut tersebut, semuanya diketahui masih berkaitan dengan penggarapan filem.

Orang pertama yang meninggal ketika penggarapan filem adalah juru kunci Telaga Warna. Dia meninggal satu hari selepas kru melanggar larangan untuk mandi di telaga. Disusul dengan kematian salah satu warga yang merupakan isteri dari orang yang malam sebelumnya diminta tolong untuk menggali makam untuk keperluan shooting. Warga yang meninggal tersebut akhirnya dimakamkan di lubang yang digali untuk shooting tersebut.

Dua orang lain yang maut adalah pemandu dan pembantu pemandu lori pasir yang melintas berhampiran perkuburan tua dengan pokok beringin besar. Warga tempatan percaya bahawa pohon tersebut tidak boleh diambil gambarnya, tetapi pantang tersebut dilanggar. Akhirnya, pokok itu tumbang sehari selepasnya dan mencelakai dua orang tersebut.

Percaya atau tidak, peristiwa-peristiwa ini benar berlaku dan dituturkan langsung oleh orang yang mengalaminya. Terlepas dari percaya atau tidak percaya, satu hal yang boleh kita petik adalah kita memang harus selalu menjaga sikap dalam setiap situasi dan keadaan. Kerana tidak ada orang yang tahu apa yang akan terjadi pada masa depan, melainkan Tuhan.

Seterusnya, banyak tempat yang dihuni oleh masyarakat jin, dan ada di antara mereka yang mempunyai kebolehan untuk menyerupai muka dan tubuh manusia. Wallahu a'lam .......

Monday, 7 November 2011

Seram, Inilah Rumah Hantu@Hospital Terbesar Di Dunia, Berani Ke Anda Masuk?



Rumah hantu yang terletak di negara matahari terbit iaitu Jepun ni telah diakui oleh Guiness Book of Record sebagai rumah hantu terbesar dan paling menakutkan di dunia. Bangunan usang ni telah diubahsuai menjadi rumah hantu dalam tema hospital. Berbeza dengan rumah hantu yang yang selalu kita jumpa kat FunFair tu, rumah hantu ini tidak memiliki jalan atau laluan yang sudah ditetapkan,  Para pengunjung terpaksa berjalan sendirian atau dalam kumpulan 2-3 orang untuk menuju ke pintu keluar. Di dalam rumah hantu ni juga terdapat banyak pintu/tingkap yang terpaksa dibuka secara manual oleh pengunjung. Selain hiasan dalaman yang mengerikan, rumah hantu ini juga dipenuhi oleh para pekerja yang berdandan ngeri seperti hantu sebenar. Bukan sekadar mengerikan pada pandangan mata, rumah hantu ni juga mempunyai bau menusuk hidung para pengunjung. Bangunan rumah hantu ini mempunyai laluan sepanjang 700m yang penuh dengan lorong-lorong kecil yang boleh membuatkan pengunjung tersesat. Sekiranya pengunjung tidak sesat, masa lebih kurang 50 minit diperlukan untuk keluar dari bangunan tersebut. Untuk menambahkan rasa takut pelawat, sistem audio yang terdiri daripada suara teriakan, suara langkahan kaki dan lain-lain dipasang dalam bangunan tu. Kerana terlalu menakutkan, ramai pengunjung yang terluka kerana terjatuh dalam bangunan hantu tu. Adeiiiiii, seram la nak masuk rumah hantu besar-besar camni. Kita dok ingat hantu berlakon ja, tengok-tengok hantu sebenar. , apa korang nak buat kalau jadi camtu? Jom kita layan gambar-gambar dalam bangunan rumah hantu tu…klu budak2 nk masuk..dgn diiringan ibubapa..