TQ Sudi Follow :)

Thursday, 6 October 2011

Gambar Misteri Di JB


Gambar ini diberikan pada saya beberapa bulan yang lalu semasa saya datang ke rumahnya. Lalu mereka pun sekeluarga berbual kosong dengan saya, abang saya dan seorang rakan... Lalu mereka pun bercerita... Tentang satu hari tu mereka pergi makan di seberang tambak iaitu di kawasan Johore.

Bila tiba di tempat itu mereka pun pesan makanan yang ingin mereka makan. Sesudah habis makan mereka bergerak ke kereta dan anak perempuannya yang berusia lebih kurang lapan belas tahun duduk di belakang sambil menyandar kekenyangan. Mereka sekeluarga pun relaks sebentar di dalam kereta lalu ibunya keluarkan kamera dan memetik anak-anaknya yang sedang melelapkan mata.

Keesokan harinya ibunya upload di komputer. Alangkah terperanjatnya mereka sekeluarga melihat gambar yang dipetik ada susuk tubuh wanita di tepi kereta mereka!!!
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment