TQ Sudi Follow :)

Thursday 6 October 2011

Lima Guru Silat Maut di Jalan Puaka


Tidak Sempat Berjumpa Keluarga
Kegembiraan rombongan persatuan seni silat Rela Bakti dari Kampung Alor Rela Langgar Pokok Sena bertukar kepada suasana sedih apabila sebuah van yang membawa ahlinya terbabit dalam kemalangan maut awal pagi , semalam . Kemalangan maut itu berlaku kira – kira jam 3.30 pagi berhampiran lampu isyarat Titi Haji Idris dekat Jalan Pendang ke Langgar menyebabkan lima penumpang di dalam van berkenaan maut , seorang berada dalam keadaan kritikal dan sedang mendapat di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar manakala tiga lagi hanya mengalami kecederaan ringan . Sinar Harian yang turut ke lokasi kejadian kira – kira jam 4 pagi , semalam mendapati beberapa pihak iaitu bomba , polis , kakitangan kesihatan cuba mengeluarkan mangsa yang berada dalam keadaan itu . Satu demi satu penumpang yang di bawa keluar didapati sudah meninggal dunia manakala pakaian dan alat – alat muzik yang dibawa turut bertaburan di tempat kejadian . Mereka pergi menyahut panggilan illahi dan tidak kesampaian untuk bertemu keluarga masing – masing walaupun sudah begitu hampir untuk sampai ke rumah atau destinasi masing – masing . Penyelia Bomba Jalan Raja Alor Setar , Mat Nasir Syafie berkata , setelah mendapat maklumat mengenai kemalangan itu , anggotanya bergegas ke tempat kejadian dan mendapati semua mangsa yang terbabit adalah warga emas kecuali pemandu van . Menurutnya , anggota bomba mendapati satu mangsa tercampak dari kenderaan ke dalam sawah manakala yang lain berada dalam van . “ Tiga mangsa dikenal pasti meninggal dunia manakala tiga mangsa lain dikejarkan segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan , “ katanya .



Kesan Mendalam atas Pemergian Tok Guru Ahmad

Pemergian Ahmad Ismail , 65 memberi kesan kepada prestasi Kumpulan Gendang Seni Rela Bakti yang kini memang terkenal dalam kalangan masyarakat setempat dan juga di luar Kedah . Yang Dipertua Seni Silat Raja Wali Tunggal Kedah , Riduan Laidin berkata , kehilangan semua guru itu sangat terasa kerana jasa mereka menjadi nadi kepada perkembangan seni silat dan juga seni pergendangan di Kedah . Menurutnya , mereka sememangnya menjadi penyambung tradisi kepada seni warisan Melayu dan kehilangan ini mampu meninggalkan kesan yang besar kepada bidang berkenaan . “ Kehilangan ini memang memberi kesan kerana mereka terdiri daripada pelbagai aliran seni silat dan menjadi idola kepada pesilat muda , “ katanya . Bagi Guru Silat Persatuan Silat Gayong Cawangan Kampung Tok Led , Ariffin Mahazun , Ahmad menjadi penasihat kepada kumpulan gendang berkenaan . Menurutnya , kumpulan yang dibentuk pada 2001 dan membawa irama aliran utara itu kini menjadi perhatian pelbagai masyarakat dan sering diundang untuk membuat persembahan pada majlis kenduri kahwin , dijemput pihak sekolah dan juga keraian yang diadakan di luar Kedah . “ Pemergian Ahmad pasti memberi kesan kerana dia adalah tonggak kepada kumpulan ini termasuklah empat lagi yang terkorban di dalam nahas itu , “ katanya .


JKR Diminta Siasat Jalan Maut

Jabatan Kerja Raya (JKR) diminta melakukan siasatan di Jalan Titi Haji Idris yang sering menyebabkan kemalangan maut dengan kes terbaru yang membabitkan lima guru persilatan dari Persatuan Persilatan dan Pengendangan Silat Negeri semalam . Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah , Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata , jalan yang kerap mengalami kemalangan itu perlu diberi perhatian bagi mengelak kejadian yang sama berulang . Menurutnya , JKR mungkin dapat membuat kajian di kawasan berkenaan sama ada untuk memperbesarkan jalan atau mengambil langkah lain . “ Tindakan perlu diambil oleh JKR atau Kerajaan Persekutuan sama ada memperbesarkan atau meluruskan jalan berkenaan . “ Langkah ini penting kerana jalan Titi Haji Idris itu merupakan laluan utama pengguna di kawasan berkenaan , “ katanya kepada media ketika melawat mangsa kemalangan di Hospital Sultanah Bahiyah ( HSB ) semalam . Beliau turut melawat Mohd Idris Senafi , 20 yang mengalami kecederaan di bahagian muka dan kaki kanan . Ahmad Bashah berkata , beliau akan menggerakkan UMNO Bahagian di tempat tinggal mangsa untuk menghulurkan bantuan .

2 comments:

  1. MESTIQQ - Judi Poker Online Indonesia
    Gabung sekarang untuk mendapatkan berbagai keuntungan berikut ini :

    - 100% Player vs Player!!!
    - Customer Services yang cantik dan handal!!!
    - Pendaftaran gratis!!!
    - Deposit minimum 10ribu!!!
    - Withdraw minimum 20ribu!!!
    - Bonus TurnOver sebesar 0,5% yang dibagikan tiap harinya!!!
    - Bonus referral sebesar 20% seumur hidup, cukup dengan mengundang teman anda untuk bermain!!!.

    Pendaftaran bisa langsung menghubungi pin bbm berikut :
    - Pin BBM : 2C2EC3A3
    WWW .MESTIQQ. COM

    ReplyDelete
  2. Agen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
    Bergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
    Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).

    Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
    Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :

    - SBOBET BOLA
    - SBOBET CASINO
    - ION CASINO
    - MAXBET
    - TANGKAS 365
    - 368bet
    - SABUNG AYAM
    - CBO855
    Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )

    PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
    -Bonus Depo Bola 50%
    -Bonus Cashback Bola 5% - 10%
    -Bonus Depo Casino 3%
    -Bonus Rollingan Casino 0.7%
    -Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
    -Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman

    Costumer Service 24 Jam Online :
    Pin BBM : 7B2EC260
    Pin BBM khusus : mgmcash8

    Whatsapp atau nomor sms :
    +66615620266
    YM : mgmcash88

    ReplyDelete