TQ Sudi Follow :)

Saturday, 8 October 2011

POLIKLINIK CHERAS,KUALA LUMPUR


Kisah ini bermula apabila kami merancang untuk ke kawasan-kawasan yang berhantu.Kononnya nak cari adventurelah.Mase tu,kitorang berlima aje.Camane ntah,kami terserempak ngan member kitorang yang lain.bertambah lagi lima orang (sepuluh orang,empat daripada kami adalah perempuan).Mulanya, kami merancang untuk 'melawat' kawasan runtuhan highland tower.Tetibe aje ade sorang member kitorang ajak pegi hospital tinggal kat lady'templer...lagi thrill,katanye.
Setibanye kami disana,jam menunjukkan 12.37 pagi.Memang waktu 'panas'. Setibanye disana,memang kami terpegun....dan perasaan seram yang amat. Sebuah hospital yang besar, kelihatan amat usang dan suram.Dengan hanya ditemani sebuah lampu suluh dan sinaran bulan yang mengambang,kami mula memasuki kawasan itu...

Langkah pertama kami menjejak tempat itu,tetiba sahaja kami diselubungi rasa gerun. Bulu roma kami semuanya tegak... namun kami tetap meneruskan 'pengembaraan' kami.. masuk saja ke dalam hospital itu,memang keadaannya amat menyeramkan..silingnya kebanyakan dah rosak dan bertaburan di lantai...terdapat katil yang bersepah-sepah dalam bilik wad... bau antiseptik yang amat kuat..terdapat beberapa tompokan pada dinding bilik itu..(kami tak pasti samada ia adalah darah ataupun tidak)...malah terdapat balang yang ditinggalkan yang masih terdapat organ manusia didalamnya!!!

Dalam situasi begini,pastinya kami bertambah seram sejuk.Kami meneruskan pengembaraan kami ketingkat 2, dimana bilik-bilik wad ditempatkan.Di tingkat inilah kami mula di'ganggu'.Pada mulanya salah seorang kami mendakwa ternampak sebuah keranda didalam salah satu bilik tersebut.Dengan tetiba sahaja perhatian kami bagaikan ditumpukan ke satu sudut bilik itu...dan kami terlihat kepada 'empunya' keranda itu...

Lantas,kerana terlalu terkejut dan panik,kami beramai-ramai melarikan diri.Entah macamana,mungkin kerana terlalu panik, 2 budak perempuan ter'lepas'ke tingkat 3...manakala yang selebihnya terus keluar dari kawasan itu...mujurlah seorang member kami perasan,maka bermulalah pengembaraan untuk 'menyelamatkan' mereka pula...

Kami terus naik ke tingkat tiga...dan menjumpai mereka dalam keadaan berpelukan,menggigil dan kelihatan pucat sambila menuding jari ke satu arah...kami menyuluh ke arah itu...terdapat bilik dimana pintunya tertutup dan papatanda yang bertulis "LABOR WARD"(wad bersalin).Pada masa itu,kami terlihat secara samar-samar, kelibat seorang wanita mendukung anaknya.Tanpa melengahkan masa,kami terus angkat kaki, terus menuju ke kereta kami, dan terus memecut keluar dari kawasan itu...sempat jugaklah aku pandang seimbas kat hospital tu...ade kelibat lelaki memerhatikan kami dar salah satu tingkap yang pecah itu...


Dipendekkan cerita, menurut bebudak pompuan tu, mase kekalutan tadi, mereka tak sedar bagaimana mereka boleh berada di hadapan wad bersalin itu...menurut mereka, ketika itu kedengaran bunyi wanita mengerang kesakitan...dan juga bunyi tangisan bayi...lantas sebelum kami 'menyelamatkan' mereka, mereke mendakwa bahawa ada bayi yang belum cukup sifatnya...merangkak perlahan-lahan menghampiri mereka...entah dari mana, seorang lembaga wanita muncul dan terus mendukung bayi itu...

Inilah pengalaman yang paling getir yang pernah aku hadapi...selepas kajadian itu....aku bernekad tak nak mencari 'hantu' lagi...cukuplah apa yang terjadi kepada kami pada hari tu...apabila difikirkan...tak elok kacau tempat 'orang'...biarlah mereka bersemadi dengan aman di situ....semoga Tuhan mencucuri rahmat kepada mereka...

Dikongsikan oleh : mohd rosli (cheras)


1 comment: