TQ Sudi Follow :)

Saturday, 22 October 2011

Muncul setelah 12 jam hilang - Lelaki bingung tiba-tiba berada di tengah hutan selepas beri makan itik


KUALA PERLIS - Pelik. Demikian pengalaman misteri yang dialami oleh seorang penjual ikan yang tiba-tiba mendapati dirinya berada di tengah-tengah hutan.

"Saya tidak tahu apa yang berlaku, sedar-sedar saja saya berada di dalam hutan dan dalam keadaan lemah longlai, saya gagah cuba berjalan pulang," cerita Musa Shafie, 61, yang dilaporkan hilang oleh ahli keluarga pada lewat petang kelmarin (Isnin) sehingga menarik perhatian puluhan orang kampung dan anggota bomba menjalankan operasi mencarinya.

Menurut beliau yang masih lemah setelah 12 jam hilang, perkara terakhir yang diingati ialah saat-saat dia pergi memberi itiknya makan di reban yang cuma terletak 20 meter dari rumah di Kampung Kurong Tengar dekat sini.

"Waktu itu menjelang Maghrib, selepas memberi makan itik, saya rasa sakit kepala sehingga saya tidak sedarkan diri.

"Tetapi sedar-sedar saya berada di dalam hutan yang lokasinya jauh dari reban itik saya. Keadaan badan saya amat lemah," katanya.

Kira-kira pukul 11 malam Isnin, satu gerakan mencari Musa membabitkan 20 anggota polis serta bomba dilakukan setelah ahli keluarga melaporkan kehilangannya.

Operasi mencari turut melibatkan anjing pengesan polis yang bimbang Musa jatuh lemas di dalam tali air berdekatan reban itiknya itu.

Namun, selepas empat jam operasi dijalankan, anggota penyelamat terpaksa menangguhkannya ekoran buntu mengesan kedudukan Musa.

Bagaimanapun, menjelang subuh, kira-kira pukul 6.15 pagi semalam, Musa tiba-tiba muncul di pintu belakang rumah.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment